Thursday, March 3, 2016

TIDAK PERNAH ADA SIAPA KEKAL BERKUASA DALAM UMNO



Tidak ada seorang pun Presiden UMNO yang kekal berkuasa sehingga hari ini. Dari Dato Onn Jafar,  Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussain Onn,  Tun Mahathir, Tun Abdullah sehinggakan Dato Seri Najib Tun Razak, tidak pernah ada yang kekal. 

Oleh itu Ahli UMNO tidak perlu terburu-buru untuk menjatuhkan Presiden sedia ada kerana masanya akan tiba juga untuk Presiden UMNO menyerahkannya kepada orang lain. Segala usaha sepatutnya digunakan untuk menguatkan parti dan negara, bukannya digunakan untuk menghancurkannya. 

Seharusnya Ahli UMNO tidak memerlukan orang lain menentukan siapa Presiden UMNO. Apatah lagi pembangkang yang sudah tentu memusuhi UMNO. 

Hari ini kita lihat segolongan orang kaya berhabis-habisan untuk menjatuhkan Presiden UMNO. Mereka yang dulunya mendapat bermacam-macam keistimewaan, kemudahan dan kekayaan berkata perjuangan mereka menjatuhkan Presiden UMNO adalah untuk membela rakyat. Padahal ketika mereka mendapat pelbagai kemudahan dan projek kerajaan sedikit pun ianya tidak tercurah kepada rakyat. 

Mereka ini sebenarnya pembohong !  Pembelit dan Penipu ! Mereka menentang Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bukan kerana ingin membela rakyat, tetapi kerana dendam kesumat mereka kepada Najib.  Puncanya  kerana mereka sudah tidak di beri keistimewaan yang pernah mereka miliki dulu ketika mengaut hasil mahsul negara. 

Tidak sekelumit pun dalam Pemikiran mereka untuk membela rakyat.

#KekalNajib