Malaysia sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Azharuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada perhimpunan agung ke-39 yang berlangsung di Montreal, Kanada. Ini kerana penglibatan Malaysia yang aktif dalam ICAO.
Pemilihan Azharuddin Abdul Rahman itu diumum Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menganggap ia sebagai pengiktirafan kepada Malaysia.
Ketika insiden kehilangan pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac, 2014, Azharuddin lah antara pegawai yang sentiasa berhadapan dengan media antarabangsa mewakili Malaysia menjawab semua soalan mereka.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan kegembiraannya menerima pengiktirafan ini diatas sokongan aktif dan pernyertaan Malayia dalam ICAO. Dalam pada itu beliau juga turut berpeluang memberi ucapan mengenai hala tuju penerbangan awam global di perhimpunan agung yang sangat berprestij itu.
Ini satu bukti kepercayaan dunia kepada kemampuan dan kekuatan hubungan Malaysia dengan industri penerbangan awam negara lain di seluruh dunia.
Dalam ucapan itu beliau menekankan akan kepentingan ICAO yang sangat penting bagi memastikan keselamtan , kecekapan dan kemampanan dalam sektor penerbangan awam. Beliau juga melahirkan komitmen Malaysia dalam menyokong inisiatif yang dibawa oleh ICAO ke arah mencapai matlamat tersebut.
Justeru itu Malaysia juga berhasrat mengemukan pencalonan untuk pemilihan semula kepada Majlis ICAO dengan harapan agar Malaysia dapat terus memberi khidmat dan mampu berperanan serta aktif dalam organisasi antarabangsa itu.
Dua surat amaran diberikan kepada syarikat penerbangan Rayani Air telah memaksa mereka mengantungkan serta merta operasinya berkuatkuasa semalam. Pemiliknya A Ravi turut mengesahkan bahawa antara sebab pengantungan tersebut adalah kerana mogok yang dilancarkan oleh juruterbangnya.
Rayani Air dikatakan gagal menguruskan operasi dan perkhidmatannya kepada penumpang. Berikutan kegagalan ini, Kementerian
Pengangkutan menerusi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dikatakan akan mengeluarkan surat pengantungan sementara kepada syarikat Rayani Air esok.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah penggantungan tersebut dilakukan berdasarkan Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.
Beliau amat kecewa dengan syarikat Rayani Air kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat walaupun telah banyak peluang telah diberikan untuk syarikat tersebut membuat tindakan.
Oleh itu DCA akan melaksanakan audit yang menyeluruh terhadap pentadbiran Rayani Air termasuk juga dibahagian keselamatan dengan segera bagi menentukan samada Rayani Air ini boleh meneruskan operasi atau tidak.
Menurut Tiong Lai, kementeriannya amat peka dan mengambil berat terhadap kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai terhadap pembatalan penerbangan dan kelewatan penerbangan. Semua ini telah menyusahkan rakyat dan ia merupakan pekara yang amat serius dan perlu ditangani segera oleh Rayani Air jika ingin terus beroperasi.
Kementerian melalui DCA tidak teragak-agak akan menarik semula lesen operasi penerbangan syarikat tersebut jika didapati Rayani Air gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh DCA.
Beliau juga mengulas, Rayani Air tidak boleh mengantung operasinya sendiri kerana semua operasi penerbangan adalah tertakluk kepada DCA. Hanya kerajaan sahaja yang boleh mengantung operasi syarikat tersebut.
Tindakan Rayani Air ini menunjukkan ketidakperhatinan dan kematangan mereka dalam menguruskan sebuah syarikat penerbangan. Mereka telah banyak menyusahkan orang ramai pelanggan mereka sendiri. Ia tidak sepatutnya berlaku jika mereka lebih bersikap bertanggungjawab.
Agaknya sudah mejadi kebiasaan warga dunia hari ini setiap kali terjumpa serpihan kapal terbang sahaja semuanya menjurus kepada penemuan #MH370. Ini berikutan terjumpa satu lagi objek oleh warga Amerika yang tertulis "NO STEP" di Terusan Mozambique.
Objek itu dikatakan penyambung antara sayap dan ekor pesawat. Bagi membuktikan ia adalah serpihan dari MH370 ianya akan memakan masa yang lama kerana banyak prosuder yang perlu dijalankan. Bukan satu pekara yang boleh dibuat secara tergesa-gesa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, proses siasatan ini akan mengambil masa yang panjang. Kerajaan akan menghantar pasukan penyiasat yang terdiri dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS. Pasukan penyiasat khas MH370 juga akan turut serta ke Australia untuk menyiasat serpihan ini.
Pasukan penyasiat kita akan bekerjasama dengan dengan penyiasat dari kerajaan Australia yang selama ini sentiasa memberi komitmen mereka yang terbaik. Serpihan itu akan dibawa ke Australia untuk disiasat dengan menyeluruh. Walaupun begitu, penyiasat kita akan memantau keseluruhan proses siasatan ini secara terperinci.
Anggota DCA akan berjumpa dengan ketua pengarah DCA Mozambique untuk berbincang dan membawa pulang serpihan objek yang ditemui itu.
Jesteru itu selagi belum disahkan oleh kerajaan, jangan ada sesiapa yang cuba membuat spekulasi tentang penemuan serpihan kapal terbang tersebut. Biarlah siasatan terperinci dijalankan terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Datuk Seri Liow juga menasihatkan semua waris MH370 agar membuat tututan terhadap MAS sebelum 6 mac ini. Ini bagi mengekalkan hak perundangan mereka berdasarkan Konvensyen Montreal.
Sehingga kini sudah 60 kes sudah diselesaikan berkenaan tuntutan oleh waris MH370.
Berdasarkan Perkara 35 Konvensyen 1999 mengenai Penyatuan Tertentu dengan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Konvensyen Montreal) hak untuk ganti rugi terhadap MAS akan terhapus jika tiada tindakan dilakukan dalam tempoh yang dua tahun dari tarikh di mana pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 8 Mac 2014.