Showing posts with label WEE KA SIONG. Show all posts
Showing posts with label WEE KA SIONG. Show all posts

Sunday, May 29, 2016

MH370 :PASUKAN PENYIASAT MALAYSIA KE MOZAMBIQUE




Sekali lagi satu pasukan penyiasat Malaysia dihantar ke Mozambique bagi mengenal pasti tiga serpihan pesawat yang ditemui baru-baru ini adakah berasal dari pesawat MH370 milik Malaysia Airlines System (MAS). 

Serpihan-serpihan yang ditemui mempunyai persamaan dengan rangka bahagian kanan pesawat menambah keyakinan Malaysia bahawa kesemua serpihan yang ditemui adalah dari Boieng 777 MAS.

 Pekara ini dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa berdasarkan laporan awal beliau yakin, serpihan yang ditemui ini adalah MH370. Sebelum ini kesemua serpihan yang ditemukan dulu adalah disahkan bahagian kanan pesawat MH370.

Ini dibuktikan melalui siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabansa (ICAO) berdasarkan penemuan nombor siri pada bahagian sayap salah satu serpihan yang ditemukan dan juga melalui analisis kimia.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Australia dalam satu laporan akhbar menyatakan penemuan tiga lagi serpihan ini menjadikan semuanya berjumlah lapan serpihan. 

Kehilangan pesawat MH370 sehingga kini menjadi satu misteri yang dibicarakan diseluruh dunia. Pelbagai teori dan  versi cerita berkenaan kehilangan pesawat ini oleh masyarakat.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing, China, membawa 239 penumpang dan anak kapal  dilaporkan hilang pada pagi 8 Mac 2014, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 

   




Wednesday, April 27, 2016

DAP TERTEKAN DENGAN KERJASAMA ERAT PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL



DAP -sering mengunakan sentimen rasis perkauman dalam setiap kempen Pilihanraya mereka. Tidak terkecuali juga di PRN Sarawak kali ini. Kononnya UMNO akan masuk ke Sarawak dan "merompak" kekayaan Negeri Sarawak. 

Oleh itu untuk menyelamatkan Negeri Sarawak, orang Sarawak terutama minoriti cina dan kaum-kaum lain dihasut agar menolak Barisan Nasional (BN). Apakah DAP cuba menipu orang Sarawak yang masuk ke Sarawak bukanlah UMNO tetapi DAP , PKR dan PAN. 



DAP sebenarnya amat bimbang dengan sokongan kuat orang cina terhadap Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebab itulah macam-macam tohmahan kepada UMNO yang sengaja ditimbulkan. Apa punya kempen DAP ini, isu di Sarawak tapi cerita UMNO pula yang dibawa. Nampak sangat Bangkrup idea.

DAP juga cemburu dengan ceramah-ceramah SUPP, parti utama masyarakat Cina di Sarawak sentiasa mendapat sambutan baik.  

Sejak Adenan Satem mengambil alih banyak perubahan yang telah dilakukannya termasuklah mengiktiraf sijil UEC dan memberi peruntukan sekolah cina sebanyak 12 juta untuk tempoh 3 tahun. 

Dalam kempen PRN Sarawak kali pemimpin kaum Cina dari Semenanjung turut datang membantu dan memberi sokongan moral. Antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Dr. Wee Ka Siong. 

Datuk Seri Liow tiong Lai turut bersama-sama penyokong BN berarak ke Majlis Perbandaran Pandawan untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon dari Presiden parti SUPP Datuk Dr. Sim Kui Hian. menurut Dr. Sim, inilah saat-saat yang sangat penting mengenepikan perbezaan  kekal bersatu untuk memastikan calon BN menang. "Misi kami (SUPP) adalah ingin mengambil kembali kerusi tradisi kami dari jatuh ke tangan pembangkang. 



Manakala Datuk Wee Ka Siong pula mengiringi calon BN dari dari DUN Tanjung Batu Bintulu, Datuk Pau Chiong  ke penamaan calon. Wee menyifatkan rakan lamanya ini seorang yang sangat rajin bekerja untuk rakyat, berpendididkan dan pemimpin yang berani serta berjiwa rakyat. 

Jika dilihat dari gerak kerja jentera BN dari sebelum dan selepas hari pencalonan, memang wajar sekali DAP merasa tekanan yang hebat. Apatah lagi pakatan mereka bersama PKR berantakan hebat berebut kerusi. Apakah ini juga salah UMNO atau Pakatan Harapan sendiri yang tidak mempunyai semangat setiakawan seperti Barisan Nasional ?  

Saturday, January 23, 2016

MANSUH BIASISWA JPA, BUKTI PEMBANGKANG KAKI FITNAH




Terdesak mencari keburukan kerajaan, pembangkang tanpa rasa bersalah mahupun malu menyebarkan siri fitnah terbaru mereka kononnya kerajaan menghentikan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Siapa yang tidak tergejut tiba-tiba dikatakan kerajaan memansuhkan biasiswa ini. Ibu bapa dan mahasiswa tentulah lebih tertekan dengan berita ini. Pembangkang sengaja cuba membakar dan memarakkan lagi api kemarahan rakyat.

Bagi meredakan keadaan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong pantas menafikan fitnah jahat ini. Kerajaan tidak pernah menghapuskan atau memansuhkan program biasiswa JPA. Ini satu usaha jahat dan terdesak untuk memburukan kerajaan yang ketika ini sedang berusaha menyemak semula bajet 2016. .

Pembangkang sengaja mencari ruang untuk menimbulkan keadaan tidak tenang dan amarah rakyat. Seharusnya rakyat perlu mendapatkan maklumat yang benar dan sahih dari kerajaan.

Wee berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tersebar melalu aplikasi wassap, Facebook dan blog.

Kerajaan sebenarnya berhasrat untuk menilai semula kelayakan mereka yang menerima biasiswa agar biasiswa tersebut disalurkan kepada mereka yang layak menerimanya.

Ada yang berlaku sesetengah pelajar yang mendapat biasiswa tetapi tidak menghabiskan sesi pembelajaran mereka seperti yang sepatutnya. Perlu ada satu mekanisme yang mengawalnya agar bantuan kerajaan itu tidak menjadi sia-sia.

Mahasiswa pun kena ingat, duit yang mereka dapat untuk menyambung Pelajaran itu adalah wang negara. Jadi gunakan lah dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Jangan asyik "dok meqela" enjoy sini sana. Ingat ! Wang itu adalah amanah negara. 

Rakyat kenalah bersabar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan JPA bersama-sama dengan beberapa institusi lain sedang berusaha merungkaikan masalah ini.

Bagi Pemuda  Selempang Merah pelbagai berita yang disebarkan selama ini oleh pembangkang akhirnya terbukti semuanya adalah fitnah. Oleh itu rakyat sewajarnya sudah tahu semua berita dari portal dan blog pembangkang tiada kredibiliti dan tidak boleh dipercayai.

Mereka hanya tahu mengharu harakan negara sahaja.





Wednesday, January 13, 2016

KERJASAMA MCA SPRM BUKA LEMBARAN BARU


MCA mengorak selangkah kehadapan apabila menandatangi MoU dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan pengunaan modul pencegahan rasuah bagi meningkatkan kesedaran tentang berapa buruknya Jenayah rasuah.

Ini satu langkah terkehadapan kerana MCA satu-satunya parti politik yang berbuat demikian di Malaysia. Tindakan positif ini sewajarnya menjadi contoh kepada lain-lain parti politik yang selalu mencanangkan integriti dan bebas rasuah seperti DAP dan PKR.

MoU ini telah ditandatangani di ibu pejabat MCA di jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chee Mei Fun mewakili bagi pihak parti MCA manakala bagi pihak SPRM pula diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencerahan) SPRM Dato' Sri Haji Mustafar Haji Ali.

Turut hadir dalam Majlis tersebut, Datuk Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA danTimbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah.


Saya yakin masyarakat akan memandang tinggi terhadap usaha MCA dan bertambah yakin dengan barisan kepimpinan MCA. 

Menurut Wee, pekara ini sudah lama dibincangkan denganSPRM dan dipersetujui oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai. Beliau berharap sekolah Pengajian Politik inj dijadikan tempat untuk mendidik  pemimpin-pemimpin pelapis akan datang yang datang dari akar umbi. 

Wee berharap dengan adanya kursus ini, semua peringkat kepimpinan dapat disuntik dengan elemen anti rasuah. MCA mahu menjelmakan kepimpinan teladan dan menjadi contoh terbaik kepada semua parti politik. 

Bersetuju dengan saranan itu, Mustafar berharap serta mengesa parti-parti politik lain mencontohi transformasi politik yang dilakukan oleh MCA. 

Justeru itu pelbagai inisiatif dan program  dalam perancangan untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat murni ini. Antara langkah awal yang telah dikenalpasti termasuk:

•Meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.

•Penempatan pegawai SPRM di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan serta Agensinya.

•Pertimbangan untuk melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang padat dengan pengguna.

•Pertimbangan untuk menggunakan lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer bagi memudahkan urusan permohonan. 

•Penubuhan Gabungan Pencegahan Rasuah Rantaian Bekalan Logistik (Anti Corruption Logistic Supply Chain Coalition).

•Sesi dialog antara MOT, Jabatan dan Agensi dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengenal pasti punca perkara berhubung tadbir urus dan rasuah.

•Sewajarnya, parti politik yang menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran patut terlebih dahulu memulakan langkah seperti yang dibuat oleh MCA. 

Tidak mungkin keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan dengan mengheret rakyat dijalanan dan menghasut rakyat membenci kerajaan.  

Semoga apa yang dimulakan oleh MCA ini menjadi inspirasi kepada parti-parti politik yang lain. 

Saturday, December 19, 2015

WARGA EMAS UZUR MENDAPAT KHIDMAT MENTERI



Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan sentiasa prihatin dan peka terhadap apa sahaja kesusahan yang menimpa rakyat. 

Begitulah juga yang berlaku disebuah lapangan terbang Kota Kinabalu. Seorang wanita warga emas mendapat layanan istimewa dari seorang Menteri. 

Menurut satu sumber dari laman Facebook, warga emas yang berkerusi roda tersebut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. 

Apa yang berlaku keluarga warga tersebut sudah menaiki pesawat dan krew yang sepatutnya membantu membawanya masuk agak sibuk menguruskan menyemak tiket penumpang yang lain. 

Dalam keadaan agak panik dan terpinga-pinga tidak disangka ada tangan yang istimewa datang membantu. Insan yang saya maksudkan itu adalah Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong cuba menenangkan beliau  dan membantunya menuju ke kuanter.  

Warga emas tersebut berasa amat bersyukur dan tidak menyangka yang membantunya itu adalah seorang Menteri.

Inilah satu contoh pemimpin yang lebih pentingkan kebajikan rakyat. Terima kasih Datuk Seri Wee, Pemuda Selempang Merah rasa bangga dan bertuah mempunyai  pemimpin yang mesra dan sering membantu rakyat. 

Sunday, November 22, 2015

NURUL IZZAH, SILA JELASKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA !



Sungguh amat mendukacitakan. Itulah perkataan yang sesuai untuk saya katakan apabila melihat gambar-gambar pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan Ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram. 

Saya masih ingat Nurul bersama-sama MP pembangkang paling lantang dalam mempersoalkan tindakan kerajaan dan anggota keselamatan dalam insiden serangan Lahad Datu di Sabah pada Mac 2013. Malangnya hari ini dia boleh duduk bersama-sama pengganas yang meyerang dan membunuh anggota keselamatan negara kita. 

Tindakan beliau menimbulkan rasa marah dikalangan rakyat dan sesetengahnya menganggap tindakan beliau bergambar dengan anak ketua pengganas Kiram adalah satu pengkhianatan terhadap negara. Bagi rakyat, sebagai Ahli Parlimen beliau harus tahu kedudukannya dalam negara. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk dr. Wee Ka Siong dalam kenyataannya berasa amat tergejut dengan gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai  bersama Jacel  H. Kiram yang dimuat naik di media sosial. Baginya tindakan Nurul itu bagaikan menguris kembali luka lama 

Menurut Wee lagi, Nurul Izzah perlu menjelaskan kepada rakyat berkenaan gambar tersebut dan apa sebenarnya butir perbincangan ahli parlimen Lembah Pantai itu dengan Anak kepada Ketua sebuah Organisasi pengganas ? 

Saya masih ingat, media Filipina dan beberapa agensi antarabangsa melaporkan pembabitan seorang pemimpin PKR dengan pihak pengganas Jeneral Kiram. Selain itu dari sumber risikan tertentu, terdapat dua lagi pemimpin PKR yang dikhabarkan ada hubungan dengan organisasi pengganas tersebut. 

Saya hairan, bagaimana seorang pemimpin pembangkang yang kononnya sering melaungkan hak rakyat,hak keselamatan rakyat, hak kebebasan bersuara rakyat - hari ini boleh duduk semeja dengan pengganas yang menyerang dan membunuh rakyat kita. Sewajarnya beliau mengutamakan kepentingan negara dan sensitiviti rakyat Malaysia. 

Siti Bandorah, Balu Allahyarham Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Sabah menyatakan gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram cukup memedihkan hatinya. 

"Walaupun peristiwa tersebut sudah tiga tahun berlalu, sedetik pun saya tidak pernah lupa - bahkan semakin lama semakin terasa kehilangannya. Gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram hanya menambahkan luka dihati saya dan keluarga" Kata Siti Bandorah.

Bagi penulis, tindakan Nurul seolah-olah mengiktiraf pertubuhan pengganas tersebut. Gambar itu cukup untuk membuktikan bahawa Nurul cuba meraih sokongan serta bersekongkol dengan Jacel Kiram III dan organisasi pengganas yang pernah menyerang kedaulatan negara. 

Poster yang tertulis  "release-Anwar immediately" merupakan satu bukti ada agenda Nurul Izzah untuk mendapat sokongan daripada pertubuhan pengganas dalam masa yang sama ahli parlimen Lembah Pantai itu telah menghina sistem kehakiman negera dan undang-undang negara. Tindakan menyokong atau bersekongkol dengan pertubuhan pengganas yang terbukti menyerang negara adalah merupakan kesalahan jenayah dalam undang-undang negara. 

Agak menghairankan Bar Council yang sering mendakwa menegak kedaulatan undang-undang dalam negara masih bersembunyi berdiam diri sehingga hari ini. Mungkin mereka sedang mencari jalan keluar untuk Nurul Izzah membersihkan dirinya daripada palitan kemungkaran yang dia sendiri tempah. 

Namun apa pun alasannya bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, pertemuan ini merupakan satu  penghinaan kepada warga Malaysia, orang Sabah dan terutamanya wira-wira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.






Monday, October 26, 2015

BAJET 2016: BAJET PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT



Semua rakyat Malaysia ternanti-nanti di kaca TV pada 23hb Oktober 2015 yang lepas untuk mendengar bajet 2016 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Alhamdulilah, bajet 2016 merupakan satu bajet yang sangat berimbang, adil dan menepati sasaran. 

Saya ingin mengimbas sedikit pencapaian ekonomi negara kita. Dalam tempoh lima dekad yang lalu, Malaysia telah berjaya menjadi antara negara yang terbaik di Asia dalam pertumbuhan ekonomi walaupun  menghadapi cabaran dan kejutan ekonomi. 

Negara kita berjaya mentransformasikan struktur ekonomi dari berasaskan pertanian kepada perkhidmatan moden. 

Dalam keadaan ekonomi semasa, kerajaan telah berusaha memastikan pembangunan negara berterusan, ini menunjukan komitmen kerajaan sepenuhnya. 

Bagi saya, antara pekara penting yang rakyat mahukan dalam bajet ini adalah pembangunan infrastruktur pengangkutan. Ini kerana mereka menggunakan kemudahan pengangkutan awam setiap hari ke tempat kerja. Oleh perkara ini memang menjadi antara perhatian utama kepada rakyat terutama warga kerja di Lembah Klang. 

Sebagai rakyat saya amat berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kerana  kerajaan amat prihatin dengan permasalahan berkenaan pengangkutan awam. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kerajaan telah memperuntukan RM8.54 bilion untuk pembangunan pengangkutan negara merupakan satu peruntukan yang besar dalam merintis jalan menuju sebagai sebuah negara maju. 

Sudah tentu peruntukan sebesar ini mampu meningkatkan lagi pembangunan dan kualiti pengangkutan negara terutama jalan raya, lebuhraya, transit Aliran ringan dan lain-lain lagi. Rakyat juga  amat mengharapkan kesesakan dijalan raya dapat segera diatasi dan mempunyai kualiti jalan raya yang lebih baik. 

Begitu juga dengan projek MRT yang di jangka siap pada awal 2017, yang bakal menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di Lembah Klang. Diharap apabila siap projek ini, kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dikurangkan serta memastikan kemudahan rakyat dan keselesaan pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.

Justeru itu, pembangunan infrastruktur adalah amat penting bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi, elektrik dan air bersih. 

Integrasi pelbagai mod pengangkutan yang lebih baik akan memudahkan pergerakan orang dengan lebih lancar. Infastruktur yang baik juga dapat mengurangkan kos perjalanan perniagaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.

Menurut Datuk Seri Liow lagi, dalam menghadapi cabaran ekonomi  di peringkat global dan domestik ini kerajaan perlu menguruskan  perbelanjaan secara berhemah dan berhati-hati. Justeru itu kerajaan perlu mencari idea untuk mengembangkan lagi ekonomi negara. Ini termasuklah melabur dalam projek-projek yang akan membawa faedah kepada rakyat dan negara. 

Oleh itu kerajaan tidak teragak-agak memperuntukan sebanyak RM3.95 juta bilion untuk belanja pengurusan dan pembangunan bagi mewujudkan kemudahan pengangkutan berintegrasi, moden, canggih dan efisien.

Pelbagai inisiatif yang telah kerajaan berikan kepada rakyat bagi meningkat pendapatan mereka dan mengurangkan beban mereka antaranya kadar cukai bagi rakyat yang berpendpatan sederhana dan  pengurangan kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah. 



Datuk Liow juga mengucapkan bagi pihak beliau dan warga MCA kerana kesudian YAB Perdana Menteri menerima permintaan MCA melalui peruntukan RM50 juta di bawah KOJADI bagi membantu usahawan PKS bagi golongan masyarakat Cina. 






Sunday, October 11, 2015

PAKATAN HARAPAN TIDAK BOLEH DI HARAP



Kaum Cina sewajarnya menyedari bahawa kekuatan ekonomi mereka selama ini adalah berpunca hasil keamanan dan kemakmuran negara. Apabila sesuatu negara rakyatnya hidup aman dan harmoni, pelabur luar pun suka untuk melabur dalam pada masa yang sama ekonomi berkembang dan negara bertambah makmur. Begitulah pentingnya keamanan dan keharmonian kaum dipelihara. 

Oleh itu usahlah mereka terperdaya dan terpengaruh dengan hasutan pembangkang terutama DAP dan PKR bahawa kerajaan menyisihkan mereka, rasuah, songlap duit rakyat dan sebagainya. 

Kaum Cina tidak perlu risau, suara mereka didengar oleh kerajaan. MCA sebagai sebuah parti mewakili suara mereka didalam kerajaan, jadi kenapa mereka perlu memilih DAP sedangkan MCA sudah mewakili mereka didalam kerajaan. 

Masyarakat Cina terutama kaum muda, tidak usahlah terlalu obses dengan DAP kerana parti itu tidak mempu buat apa-apa perubahan pun. Itulah yang perkatakan oleh Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. " Jangan percaya kepada pakatan harapan, mereka hanya pandai memberi harapan sedangkan harapan yang diharap semuanya harapan palsu, mereka memang tidak boleh diharapkan". 

Sudah beracam-macam slogan pembangkang seperti ubahlah, ini kalilah, dan yang terbaru 'harapan'  tapi satu apa pun tak jalan, memang mereka tidak boleh diharap langsung. Ingatlah, kuasa politik yang orang Cina ada sekarang akan musnah jika mereka terus menyokong pembangkang terutama DAP. 

Ka Siong juga mengingatkan masyarakat Cina bahawa mereka perlu melihat kepelbagaian dalam masyarakat sebagai satu aset, jangan anggap ianya sebagai satu kekangan untuk perpaduan nasional. "Nenek moyang kita sudah lama disini, bersama-sama perjuang kemerdekaan, dengan sikap mereka yang saling hormat menghormati membawa kita sampai sehingga ke tahap ini sekarang". Jadi jangan persia-siakan usaha mereka selama ini. 

Ka Siong juga mengingatkan agar masyarakat Cina hari ini jangan mempertikai kontrak sosial yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kesejahteraan rakyat  lebih utama ditumpukan selain mencari kekuatan dalam ekonomi. nilah peranan MCA , iaitu mengharmonikan masyarakat yang kini berada didalam ketegangan. 

Carilah titik persamaan dan semaikan faktor-faktor yang boleh mengukuhkan perpaduan. 









Wednesday, October 7, 2015

32 JUTA LULUS UNTUK KAMPUNG BARU CINA DI SELURUH NEGARA

Perjumpaan dengan Kakitangan Bahagian Kampung Baru JPM dan 70 orang Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) untuk membincangkan pemantauan projek pembangunan di kesemua 607 buah kampung baru seluruh negara.

Ketika saat DAP sedang rakus menghasut masyarakat Malaysia dengan budaya samseng dan  demontrasi jalanan, MCA terus bergerak menjalankan tanggungjawab membantu rakyat khususnya masyarakat cina di kampung dan luar bandar. Tidak akan selamanya rakyat termakan hasutan dan fitnah. Apabila kebenaran telah muncul, maka semua fitnah akan hancur dengan sendirinya. 

Bertitik tolak kepada keyakinan bahawa rakyat mahukan perhatian dan pembelaan, kerajaan  telah meluluskan RM32 juta untuk membangunkan projek infrastruktur fizikal di 607 kampung baru Cina di seluruh negara.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong berkata, sebanyak 264 projek fizikal  daripadanya sudah siap yang  melibatkan peruntukan berjumlah RM18.4 juta. Jelas sekali kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan rakyat khususnya kaum cina seperti yang di fitnah pembangkang. Apa yang kerajaan lakukan ialah memberi lebih tumpuan kepada penduduk kampung dan luar bandar agar pembangunan yang diberi seimbang dengan penduduk di bandar. 

Sudah sampai ketika masanya untuk masyarakat cina kembali melihat dan menilai keikhlasan kerajaan dalam membantu mereka. Usahlah terpedaya dengan dakyah dan hasutan pembangkang terutama DAP yang sentiasa memainkan sentimen perkauman seolah-olah kerajaan meminggirkan kaum cina. 
Untuk tahun ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan dana pembangunan kampung baru sebanyak RM33 juta, di mana 97% daripada dana tersebut, bersamaan dengan RM32 juta telahpun diluluskan.




 Selepas beramah mesra dengan 70 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) dan Pegawai Bahagian Kampung Baru (BKB) di Menara Usahawan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mahukan pegawai PKP memikirkan perancangan untuk pembangunan dikampung baru cina dengan membuat kertas cadangan lebih awal dengan justifikasi yang rasional.

Kerajaan mahu setiap projek yang dilaksanakan mendapat maklum balas segera dari rakyat kerana kita mahu projek yang dilaksanakan itu bermanfaat kepada rakyat, tambahnya lagi.

Bagi meningkatkan lagi ekonomi penduduk Kampung Baru Cina  Kerajaan telah memperuntukan RM16.951 juta kepada 469 penduduk untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dibawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru (PKBC). Kerajaan berharap ianya dapat meningkatkan ekonomi isirumah disamping merancakkan lagi ekonomi setempat.

Di bawah RMK10, Kerajaan Pusat juga menyediakan Skim Pinjaman Mikro sebanyak RM100 juta kepada warga kampung baru melalui Bank Simpanan Nasional, di mana sebanyak 469 permohonan pinjaman mikro yang melibatkan dana sebanyak RM17 juta telah diluluskan hanya dalam tahun ini.

Bagi saya kerajaan telah buat segalanya bagi membantu semua kaum agar kekayaan ekonomi negara dapat dirasai oleh semua. Kita bertuah kerana mempunyai kerajaan yang begitu prihatin dengan rakyat.