Wednesday, August 21, 2013

TRAGEDI GENTING HIGLANDS : BAS TERJUNAM DI DALAM GAUNG

JUMLAH KEMATIAN NAHAS BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS MUNGKIN AKAN MENGEJUTKAN???


Nahas bas di Genting Highland dipercayai meragut nyawa sekurang-kurangnya 32 penumpang, seorang disahkan maut dan 16 lagi dilaporkan berjaya diselamatkan setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Setakat jam 5.30 petang 16 mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan Jalan Genting Karak menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur. 


No comments:

Post a Comment