Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Thursday, February 8, 2018

SIAPA DALANG BERI PATI KAD KEBAL ?



Hasrat sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memiliki ‘kad kebal’ untuk bekerja dengan bebas di negara ini terbantut apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah kilang di Kawasan Industri Ringan, Pandan Indah, dekat sini, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd. Adli Abd. Samad itu, pihaknya terpaksa memecahkan pintu masuk utama kilang tersebut selepas tidak mendapat kerjasama.


“Kita kemudian memeriksa sebanyak 13 orang pekerja sebelum menahan sembilan individu yang terdiri daripada lima wanita warga Indonesia, dan masing-masing dua lelaki warga Bangladesh dan India.

“Hasil siasatan mendapati, bagi setiap ‘kad kebal’ mereka dikenakan bayaran sebanyak RM2,600,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mustafar, seorang lelaki tempatan yang merupakan majikan di kilang tersebut turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat Imigresen untuk memberikan keterangan.

Ujarnya, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - UTUSAN ONLINE

NAIMAH MOHD.

Wednesday, January 10, 2018

SPRM SERBU, PULAU PINANG BERGEGAR LAGI !




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya mengambil sejumlah dokumen bagi membantu siasatan dakwaan penyelewe­ngan dan salah guna kuasa projek Te­rowong Dasar Laut Pulau Pinang dalam serbuan di tujuh lokasi di negeri ini hari ini.

Serbuan dibuat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta pejabat Jabatan Penilaian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar); pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang; pejabat syarikat pemaju Ewein-Zenith di Menara Boustead; pejabat 555 Capital Diamond Valley dan pejabat Konsortium Zenith.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, serbuan tersebut dibuat berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh pihaknya.

Beliau berkata, kesemua dokumen yang diambil pula yang mempunyai kaitan dengan projek Terowong Dasar Laut tersebut.

“Dokumen yang diambil akan diteliti untuk pastikan siasatan menyeluruh dapat dilakukan. Kita juga akan memanggil beberapa saksi dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 5 Januari lalu, Naib Pre­siden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu di pejabat SPRM Putrajaya berhubung projek kontroversi terowong dasar laut di negeri ini bernilai RM15 bilion.

Menurut beliau, laporan itu ekoran pendedahan terbaharu yang mendakwa kerajaan negeri menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan.

Katanya, syarikat yang dianugerahkan projek terowong dasar laut itu didakwa memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras mi­nimum ditetapkan JKR.

Selain itu, tambahnya, kebimbangan juga menjurus kepada kemampuan kewangan syarikat tersebut menyiapkan projek berkenaan yang kini tertangguh selama lebih tiga tahun tetapi sudah menerima bayaran fi daripada kerajaan negeri berjumlah RM220 juta.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Komtar di sini hari ini mendapati keadaan tenang walaupun berita serbuan berkenaan mulai tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Petugas keselamatan Komtar ketika ditemui menafikan terdapat serbuan di situ selain sumber Pejabat Ketua Menteri juga memaklumkan tiada serbuan.

Tuesday, December 12, 2017

BENARKAH SPRM IKUT ARAHAN UMNO ?



TUDUHAN  liar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kononnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak saudaranya Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid sebagai satu konspirasi adalah tidak masuk akal dan bersifat berat sebelah. 

Ini kerana apabila SPRM bertindak terhadap ahli UMNO bukan main lagi Azmin memuji tindakan SPRM. Namun sebaliknya bila terkena batang hidung sendiri, Azmin mengelupur menyalahkan kerajaan dan SPRM. Perangai kebudak-budakan Azmin memalukan kerajaan negeri Selangor dan juga PKR sendiri. 

Adakah Azmin ingat undang-undang ini hanya terpakai untuk orang lain selain daripada keluarganya ? Belum lagi dapat memerintah Malaysia sudah tunjuk sikap "double standard" dalam undang-undang. 

Samalah macam perangai bekas bosnya, Anwar Ibrahim dalam kes liwat pembantu peribadinya, sindrom penafian dan mengaitkan keputusan mahkamah dengan UMNO ini sudah menjadi tabiat yang tak boleh diubah. Kali ini SPRM pula menjadi mangsa tuduhan liar Azmin. 

Ini bukan cakap-cakap kosong di kedai kopi, tapi merupakan kenyataan rasmi seorang Menteri Besar. Azmin melalui kenyataan rasmi pejabatnya telah menganggap tindak SPRM sebagai berniat jahat. Sebagai seorang Menteri Besar Azmin tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada agensi kerajaan. Ini akan memberi gambara buruk kepada kerajaan pentadbirannya yang dilihat cuba menyembunyikan sesuatu. Adakah benar Azmin sedang menyembunyikan sesuatu ? 

Sepatutnya Azmin berterima kasih kepada SPRM kerana sedang berusaaha bertungkus lumus membersihkan pentadbirannya dari gejala rasuah dan salahguna kuasa, contohnya aktiviti perlombongan pasir haram di Selangor yang mana telah menyebabkan kerugian dan kehilangan hasil negeri. Bukankah itu yang Azmin harapkan, atau Azmin sedang menyembunyikan sesuatu ? 



Walaupun Mahkamah Majistret Putrajaya membebaskan Mohd. Nuzul Fadli dan seorang lagi pengarah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan itu dengan jaminan masing-masing sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin hari ini, namun ia tidak bermakna kedua-dua individu berkenaan termasuk dua lagi individu lain yang dibebaskan pada Rabu lalu bebas daripada dakwaan berke­naan.


Sebaliknya, keputusan Mah­kamah Majistret itu melibatkan pembebasan mereka dari tahanan reman bagi membantu siasatan mengenai dakwaan tersebut sementara menunggu pendakwaan di mahkamah.


Namun, tindakan Mohamed Azmin melenting dan beriya-iya menyalahkan SPRM di sebalik tindakan penahanan itu dilihat menimbulkan ba­nyak kemusykilan selain tidak menjawab persoalan ba­gaimana anak saudaranya yang dilaporkan tidak bekerja itu mampu hidup mewah termasuk bercuti di luar negara. Sedangkan, rak­yat Selangor ketika ini terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk mencari se­suap nasi serta menampung persekolahan anak-anak.


Kalau diikutkan kenyataan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hi­sham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard menerusi blognya, chegubard.blogspot.my pada 30 November lalu, beliau secara terbuka menggesa Mohamed Azmin supaya bertangungjawab da­lam isu rasuah yang berlaku di Selangor ketika ini.


Malah, beliau turut mendakwa bahawa Menteri Besar itu telah melahirkan jutawan muda segera di sebalik slogan Peduli Rakyat yang dianggap hanyalah untuk mengaburi mata rakyat negeri ini.


Dalam isu membabitkan anak saudara Mohamed Az­min, Chegubard mendakwa ia hanyalah sebahagian sahaja daripada kegiatan rasuah melibatkan ‘lombong batu’ di Hulu Langat yang dikatakan telah bermula sejak akhir 2014.




Saturday, May 6, 2017

RASUAH, PEMIMPIN POLITIK PUN TAK AKAN TERLEPAS - SPRM






Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan akan tetap meng­heret pemimpin yang terlibat de­ngan rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan walaupun selepas mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan parti-parti politik agar tidak meletakkan ca­lon yang mempunyai latar belakang tidak bersih kerana pihak­nya pasti akan bertindak selepas pilihan raya nanti.

“Sebelum pilihan raya, bukan­ tanggungjawab SPRM untuk menyiasat calon melainkan kita di­min­ta berbuat demikian tetapi se­lepas calon dipilih, saya akan memastikan mereka yang mempunyai rekod ini disiasat.


“Tindakan SPRM ini tidak me­ngira parti politik kerana mereka dilantik sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin tidak boleh mengkhianati rakyat,” kata­nya semasa pertemuan dengan Ketua-ketua Pengarang Syarikat Media Tempatan dalam Program Kaukus Khas Media Antirasuah di sini hari ini.

Dzulkifli memberitahu, SPRM juga telah memulakan siasatan kes melibatkan ahli-ahli politik termasuk kes berprofil tinggi, namun perkara itu tidak akan didedahkan dahulu kerana tidak mahu pihaknya diheret dalam kancah pilihan raya.

“Saya mahu SPRM menjadi sebuah badan yang dihormati, di­segani dan agensi terbaik dalam membanteras rasuah,” katanya sambil menegaskan SPRM bukan jentera atau alat kerajaan.

Dalam pada itu, Dzulkifli menjelaskan, walaupun matlamat SPRM adalah menghapuskan ra­suah tetapi ia mempunyai pelbagai kekangan termasuk keku­rangan anggota dan peruntukan.

Ujarnya, hanya terdapat 1,900 pegawai penguat kuasa beruniform dalam SPRM sedangkan terdapat 1.6 juta penjawat awam untuk diawasi.

“SPRM juga menerima jumlah peruntukan yang terendah pada tahun ini sejak 2013,” katanya.

Mengulas mengenai isu rasuah­ yang lain, Dzulkifli berkata, langkah tegas perlu diambil bagi men­gelak pembolosan dan penyeludupan di sempadan yang menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit, selain berlaku ketirisan wang kerajaan yang di­sebabkan salah laku pegawai.

“Terdapat pegawai penguat kuasa yang dibayar sehingga RM5 juta sebulan bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap sindiket yang terlibat dalam kegiatan haram seperti judi dan pelacuran,” dedahnya.




Friday, April 14, 2017

SAYA NAK BAGITAHU, RAMAI ANAK MUDA KAYA - ADAM ROSLY



"Saya nak bagitau, diluar sana ramai anak muda yang sudah kaya sekarang, ramai bukan saya sorang...." Adam Rosly

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly yang dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dalam usia 28 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Menurut sumber SPRM, Adam ditahan sebaik sahaja dia selesai memberikan keterangan di Ibu pejabat suruhanjaya itu di sini petang ini.

“Pihak SPRM akan memohon kepada Mahkamah Majistret esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman ke atas Adam bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Terdahulu, Adam sekali lagi dipanggil SPRM hari ini untuk disiasat atas dakwaan memiliki kekayaan yang luar biasa.

Beliau memakai baju batik berwarna jingga tiba pada pukul 2.30 petang dengan menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam kemudian dilihat masuk pintu utama Ibu Pejabat SPRM.



Pada 10 Februari lalu, Adam dipanggil SPRM untuk kali pertama bagi merakam percakapan berhubung dakwaan tersebut.

Desas-desas mengenai keka­yaan luar biasa Adam mula timbul selepas Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Md. Yunos mendedahkan aset lelaki tersebut yang didakwa memiliki sebuah banglo mewah ‘ala Disneyland’ bernilai kira-kira RM4 juta di Ampang.

Adam dalam usia begitu muda dipercayai bukan sahaja memiliki banglo mewah tetapi mempunyai beberapa buah rumah di tempat lain sedangkan sebelum terlibat dalam kancah politik, dia hanya menetap di kawasan setinggan Kampung Pinggir Lembah Jaya.

Ekoran itu, UMNO Bahagian Ampang membuat laporan kepada SPRM supaya siasatan segera dilakukan terhadap lelaki tersebut.

Saturday, April 1, 2017

SPRM "SERANG" PEJABAT TARESA.


Selepas "abang" kesayangan Taresa Kok Guan Eng didakwa kerana rasuah dan salahguna kuasa, kali ini giliran Taresa Kok pula disiasat SPRM. Ini kerana beberapa laporan mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (Yawas).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuchai Lama di sini hari ini.

Dikatakan beberapa pegawai SPRM dilihat telah "menyerbu" ke pejabat Taresa kira-kira jam 10.30 pagi. Beberapa dokumen berkaitan dengan Yawas diambil pegawai SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu ber­kenaan. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki walaupun mengesahkannya namun beliau tidak mahu mengulas berkenaan perkara tersebut. Lagipun Taresa tiada dipejabatnya ketika pegawai SPRM sampai disana.

Nampaknya laporan yang dibuat oleh beberapa NGO berkenaan salah laku dan penyelewengan Dana Yawas mendapat perhatian SPRM. 

Jelas sekali kebenaran yang telah diperkatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini bahawa pemimpin DAP hanya memikirkan survival politik sempit mereka sahaja. Memberi undi kepada mereka langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Hanya suka membuat provokasi murahan dan cakap pun tidak serupa bikin. 

Membuat fitnah kepada Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan yang berat sedangkan mereka sendiri terpalit dengan pelbagai skandal yang memalukan parti DAP.  

Justeru itu rakyat Malaysia terutama masyarakat Cina perlu sedar dan jangan lagi termakan dengan hasuatan dan cakap-cakap kosong pemimpin DAP. Mereka hanya ingin mengaut kekayaan untuk peribadi sedangkan rakyat langsung mereka tidak ambil peduli. 

Sebelum pada itu pada 16 Mac lepas, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos  telah membuat tiga laporan polis dan SPRM  di ibu pejabat SRRM Selangor dengan membawa dokumen yang dikatakan ada bukti penyelewengan dana Yawas oleh Taresa Kok.

Dalam laporan tersebut Jamal mendakwa, waris anak negeri Selangor di kawasan itu sepatutnya diberikan wang khairat kematian berjumlah RM2,500 tetapi mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan sehingga jumlah akhir diterima hanya sekitar RM300 hingga RM500.

Dakwanya, wang berkenaan bukan sahaja tidak diterima pengundi Barisan Nasional (BN) malah penyokong tegar pembangkang di kawasan ber­ke­naan yang turut menjadi mang­sa penyelewengan tersebut.

Tambahnya, berdasarkan maklumat ter­dapat penye­leweng­an dan pecah amanah dilakukan oleh ADUN DAP itu yang mencecah nilai berpuluh ribu ringgit de­ngan ratusan anak nege­ri Selangor tidak memperoleh wang tersebut.

Jelas sekali pemimpin-pemimpin DAP tidak boleh diharapkan untuk menjadi wakil kepada rakyat Malaysia. Mereka hanya memikirkan keuntungan peribadi dan politik sempit sahaja. 






Wednesday, March 15, 2017

"SALAM MUHIBBAH SPRM" PBT SELANGOR TIDUR LENA TAK SEMALAM ?



Ada pihak yang tak tahan dengan tindakan agresif SPRM dan mula mempersoal  kenapa kerajaan tak kawal SPRM yang bagaikan singa kelaparan mencari perasuah dan salahguna kuasa. 

Semalam lapan anggota polis termasuk dua berpangkat Inspektor, empat anggota Bomba dan Penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masing-masing direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan rumah urut di Selangor. 


SPRM  menahan kesemua suspek dalam satu operasi yang dijalankan serentak kira-kira pukul 9 pagi di tiga lokasi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.

suspek termasuk dua pegawai polis yang juga merupakan ketua balai tiba di mahkamah dengan menaiki kenderaan milik SPRM kira-kira pukul 10.05 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga dan kemeja-T.

Menurut sumber, kesemua suspek didapati menerima wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor.

Katanya, kegiatan rasuah itu dipercayai telah dilakukan sejak setahun lalu dengan menyasarkan pusat-pusat urut yang baru dibuka.

“Modus operandi mereka ialah menyasarkan pusat-pusat urut yang baru dibuka dengan memberi perlindungan supaya boleh beroperasi dengan bebas.

“Setiap agensi yang terlibat mempunyai peranan masing-masing seperti anggota polis bertanggungjawab untuk memaklumkan tentang operasi serbuan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Anggota bomba yang terlibat pula disyaki bertanggungjawab untuk memberikan lesen keselamatan premis manakala pegawai MPKj meluluskan lesen perniagaan,”



SPRM bertindak di seluruh negara tanpa mengira siapa pun mereka. Yang Selangor panas kenapa ? PBT tidur lena tak semalam  ?

Sunday, March 5, 2017

SIASATAN DALAMAN PUNCA PENGARAH BESAR FELDA DAN RAKAN-RAKAN KANTOI



Manusia ni tak pernah puas, ada pangkat, ada duit, ada pengaruh....tapi tak pernah cukup. ada saja cara nak "merompak" harta rakyat. 

Ini kisah rasuah yang berlaku dalam Felda. 24 Januari yang lalu lima suspek di tahan SPRM termasuklah bekas Pengarah Besar  Felda. Sudah berusia 57 tahun dah pun. Haihh kesian...patut-patutnya main dengan anak cucu dah sekarang ni, bukannya tidur dalam lokap SPRM. 

Antara yang lain yang di tahan ialah bekas Timbalan Pengarah Besar (sumber Strategik) Felda, Ketua Hartanah di London Felda, Bekas pegawai Projek Sturgeon dan Pegawai Tadbir Felda. Kebanyakan semuanya sudah akil baligh ....cucu pun dah berderet. 

Menurut maklumat siasatan terhadap diorang ni adalah hasil siasatan dalaman yang di lakukan oleh pihak lembaga sebelum ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Perkara ini dijelaiskan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mana telah dibentangkan kepada Ketua Audit Negara yang mana telah membuat laporan kepada SPRM. 


Kesemua suspek yang ber­usia antara 30 hingga 57 tahun itu disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak tahun 2014.

Dalam pada itu, Shahrir berkata, siasatan kes rasuah berkaitan Felda atau penyelewengan hartanah di negeri ini sebenarnya satu mesej kerajaan supaya menjauhi amalan rasuah.

“Tangkapan-tangkapan ini bukan pembangkang buat aduan. Sebaliknya jentera kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab dan mesejnya adalah mesej kerajaan BN,” katanya.

Semua ini menyusahkan UMNO dan BN. Pembangkang sudah tentulah akan menuding jari kepada kerajaan terhadap semua masalah yang dilakukan oleh semua malaun-malaun ini. 

Padahal entah mereka ni meyokong kerajaan atau tidak pun tak tahu lagi, apatah lagi menjadi ahli UMNO.

Ingatlah sama, Felda ini hasil usaha orang Melayu, jangan lah jadi pengkhianat kepada usaha orang Melayu. Nak kaya buat lah cara halal. 

Haiiihhh...tak faham dengan perangai manusia ni, semakin kaya semakin tamak haloba. Sekarang rasakan ...tidur la dalam lokap.  




Friday, March 3, 2017

28 MAKLUMAT KASTAM SELANGOR DALAM GENGAMAN SPRM





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menerima kira-kira 28 maklumat berkaitan ra­suah membabitkan pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri itu bagi tempoh lima tahun bermula 2011.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, kebanyakan maklumat diterima membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia 2009, iaitu menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil sebarang tindakan.

“Oleh itu, kita berharap JKDM Selangor dapat memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghadapi masalah ini.

“Selain agensi penguatkuasaan seperti JKDM, dua lagi sektor yang diberi fokus dan berada di bawah radar SPRM adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan pengawal seperti syarikat milik kerajaan.

“Maklumat yang diterima akan dipantau dari semasa ke semasa dan laporannya dihantar terus kepada Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya,” katanya dalam sidang akhbar majlis Ikrar Bebas Rasuah JKDM Selangor di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, lebih 300 orang terdiri daripada ketua bahagian, ketua cawangan dan pegawai serta kakitangan JKDM Selangor mengangkat ikrar akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan secara telus dan menjauhi rasuah.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) Kastam Malaysia, Datuk Zulkifli Yahya dan Pengarah JKDM Selangor, Datuk Sarip Ismail.


Tuesday, November 15, 2016

TEKAD PERANGI JENAYAH RASUAH



Ketua Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad bertekad untuk terus menggempur dan memerangi perasuah ser­ta salah guna kuasa tanpa me­ngira siapa, apa kedu­dukan mereka serta pangkat.

Beliau menerusi ‘Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia’ yang dititipkan sempena 100 hari berkhid­mat sebagai Ke­tua Pesuruhjaya SPRM, mengingatkan semua pihak termasuk ahli politik, penjawat awam, penguat kuasa undang-undang dan badan kehakiman menjauhi amalan rasuah dan salah guna kuasa atau berdepan tindakan badan penguat kuasa itu.
Sambil menyifatkan pelaku ra­su­ah sebagai pengkhianat bangsa, katanya, anggota penguat kuasa tidak sesekali gentar terhadap ku­asa atau pengaruh dalam menja­lankan amanah memerangi kegiatan tersebut secara habis-habisan.

“Buat mereka yang masih mabuk dan lemas dalam suapan de­ngarkan a­ma­ran ini, hentikanlah segala pengkhianatan yang berumbikan ra­suah dan salah guna kuasa. Tunduk dan menyerahlah. Jangan terus mendabik dada kerana nanti anda mungkin rebah ditimpa bala.

“Awaslah api per­juangan ini sema­kin hangat membara. Gendang­ tempur­nya semakin lantang­ ber­gema, gegak gempita menggegar ang­kasa. Biar gugur melayang nya­wa mempertahankan nu­sa, pas­tiku rempuh si durjana pengkhi­anat bangsa,” katanya ketika menyampai­kan warkah tersebut sempena perhimpunan Majlis 100 Hari Ke­tua Pesuruhjaya SPRM .

Tegasnya, walaupun perjuangan memerangi rasuah dan salah guna kuasa adalah getir dan menakutkan, anggota suruhanjaya itu akan terus mengekalkan iltizam walaupun ada ketikanya nyawa menjadi taruhan manakala badan kehakiman perlu menjadi benteng kukuh kepada rakyat dalam mencari keadilan dengan berani menjatuhkan hukuman ke atas mereka yang melakukan kesalahan.

“Buat para hakim, adililah hukum dengan iman dan keberanian. Hukumlah mereka yang masih tegar dan hanyut melakukan rasu­ah dan salah guna kuasa tanpa rasa gentar, demi teladan mereka di luar sana,” katanya.

Kepada ahli politik dan pemim­pin masyarakat pula, beliau me­minta mereka melaksanakan a­manah dan memperjuangkan na­sib rakyat yang mahukan pembe­laan, bukannya ‘membuai’ rakyat dengan janji indah sedangkan pada masa sama rakus meragut habuan.a

Monday, January 18, 2016

2016 TAHUN INTEGRITI MOT




Kesungguhan  Kementerian Pengangkutan dalam meningkatkan integriti warga kementeriannya dapat dilihat apabila Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai bersunguh-sungguh menerapkan Budaya integriti dalam kementeriannya.

Justeru itu beliau telah mengisytiharkan bahawa tahun 2016 ini sebagai tahun integriti bagi Kementerian Pengangkutan.

Sudah memang sewajarnya integriti ini menjadi satu budaya dalam perkhidmatan awam di negara kita kerana ia merupakan elemen penting dalam usaha meningkatkan daya saing dan kemajuan untuk  sesebuah organisasi.

Bagi membuktikan komitmen Kementerian dalam usaha ini, satu dialog telah diadakan bersama YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YBhg Dato' Seri Mustafar Haji Ali, Timbalan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu-isu integriti dan tadbir urus yang baik.

Liow berharap kerjasama MOT bersama SPRM akan membuka dimensi baru dalam membentuk dan mengisi semangat budaya patriotism, nilai-nilai murni, etos dan integriti warga MOT, selaras dengan apa yang dimahukan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak  dalam Teras Strategik Pelan Transformasi MOT.

Liow mahu budaya integriti dan nilai-nilai murni ini diterapkan sepanjang masa dalam Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi dibawahnya.

Bagi merealsasikan impian itu beberapa program telah dirangka, antaranya ialah meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.

Kemeterian Pengangkutan juga akan menempatkan beberapa pegawai SPRM di Kementerian dan juga kesemua Agensinya di samping melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang menjadi tumpuan pengguna.

Bagi memudahkan lagi pengguna menyelesaikan urusan harian mereka, Kementerian mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer.

Bagi Pemuda Selempang Merah,  dialog kakitangan Kementerian bersama SPRM wajar diadakan secara berterusan bagi menjayakan tadbir urus yang lebih baik dan telus yang mana dapat menyumbang kepada pentadbiran negara yang lebih mampan agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Wednesday, January 13, 2016

KERJASAMA MCA SPRM BUKA LEMBARAN BARU


MCA mengorak selangkah kehadapan apabila menandatangi MoU dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan pengunaan modul pencegahan rasuah bagi meningkatkan kesedaran tentang berapa buruknya Jenayah rasuah.

Ini satu langkah terkehadapan kerana MCA satu-satunya parti politik yang berbuat demikian di Malaysia. Tindakan positif ini sewajarnya menjadi contoh kepada lain-lain parti politik yang selalu mencanangkan integriti dan bebas rasuah seperti DAP dan PKR.

MoU ini telah ditandatangani di ibu pejabat MCA di jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chee Mei Fun mewakili bagi pihak parti MCA manakala bagi pihak SPRM pula diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencerahan) SPRM Dato' Sri Haji Mustafar Haji Ali.

Turut hadir dalam Majlis tersebut, Datuk Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA danTimbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah.


Saya yakin masyarakat akan memandang tinggi terhadap usaha MCA dan bertambah yakin dengan barisan kepimpinan MCA. 

Menurut Wee, pekara ini sudah lama dibincangkan denganSPRM dan dipersetujui oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai. Beliau berharap sekolah Pengajian Politik inj dijadikan tempat untuk mendidik  pemimpin-pemimpin pelapis akan datang yang datang dari akar umbi. 

Wee berharap dengan adanya kursus ini, semua peringkat kepimpinan dapat disuntik dengan elemen anti rasuah. MCA mahu menjelmakan kepimpinan teladan dan menjadi contoh terbaik kepada semua parti politik. 

Bersetuju dengan saranan itu, Mustafar berharap serta mengesa parti-parti politik lain mencontohi transformasi politik yang dilakukan oleh MCA. 

Justeru itu pelbagai inisiatif dan program  dalam perancangan untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat murni ini. Antara langkah awal yang telah dikenalpasti termasuk:

•Meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.

•Penempatan pegawai SPRM di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan serta Agensinya.

•Pertimbangan untuk melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang padat dengan pengguna.

•Pertimbangan untuk menggunakan lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer bagi memudahkan urusan permohonan. 

•Penubuhan Gabungan Pencegahan Rasuah Rantaian Bekalan Logistik (Anti Corruption Logistic Supply Chain Coalition).

•Sesi dialog antara MOT, Jabatan dan Agensi dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengenal pasti punca perkara berhubung tadbir urus dan rasuah.

•Sewajarnya, parti politik yang menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran patut terlebih dahulu memulakan langkah seperti yang dibuat oleh MCA. 

Tidak mungkin keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan dengan mengheret rakyat dijalanan dan menghasut rakyat membenci kerajaan.  

Semoga apa yang dimulakan oleh MCA ini menjadi inspirasi kepada parti-parti politik yang lain.