Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Wednesday, January 3, 2018

MEMALI - TERLEPASKAH MAHATHIR DARIPADA MENJAWAB DI DUNIA ?






Peristiwa Memali pada tahun 1985 telah mencetuskan pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung yang akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama Ibrahim Libya berserta empat anggota polis. Mahatihir menafikan dirinya bersalah dengan menyalahkan pihak lain yang pada pendapatnya tidak memainkan peranan mereka.

Seperti tidak pernah berubah, setiap masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir ditimpakan kepada mereka yang tidak berkaitan dengan apa yang dilakukannya. Itulah Mahathir, semua keputusan yang salah dan menjadi masalah kepada dirinya dan negara - dia akan menuding kepada pihak lain sebagai kambing hitam. 

Begitu juga dengan kes Memali yang berlaku 32 tahun yang lalu, Mahathir menyalahkan institusi Mufti apabila tindakan terburu-burunya hari ini menjadi cemuhan masyarakat. Mahathir menyalahkan golongan mufti yang didakwa tidak berperanan dengan baik sehingga tragedi berdarah itu berlaku. 

Justeru itu cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatn Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali merupakan satu keputusan yang tepat bagi menegakkan kebenaran siapa dalang disebalik peristiwa ini.


RCI ini mendapat sokongan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menurutnya dengan penubuhan RCI ini akan merungkaikan segala persoalan berkenaan peristiwa ini yang mana mufti dikatakan tidak memainkan peranan yang sewajarnya. “Tiada halangan untuk wujudkan RCI demi mencari kebenaran kerana sangat tidak wajar mufti dipersalahkan dalam peristiwa tersebut,” katanya.



Dr. Mahathir sebelum ini menyalahkan  Amanat Hadi sebagai punca terjadinya peristiwa berdarah Memali dan juga menyalahkan Mufti kerana berdiam diri dan tidak menegur Hadi Awang sehingga tragedi itu berlaku. 


Abdul Rahman berkata, pesa­nan tersebut merupakan kenya­taan ketua parti kepada anak-anak buahnya.“Jadi tidak boleh ma­suk campur lagipun ia melibatkan hal politik, mengapa ketika amanat itu hendak diperjuang, agamawan seperti mufti pula dipersalahkan,” 

Manakala pada pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, demi mencari keadilan  beliau bersetuju RCI diwujudkan. Ini bertujuan bagi menyiasat semula tragedi Memali yang menjadi perhatian rakyat hari ini. Demi sebuah keadilan dan hak rakyat untuk mengetahui kebenarannya. Tn Sri Harussani Zakaria menyifatkan dakwaan Dr. Mahathir sebagai terdesak sehingga sanggup menyalahkan pihak lain demi kepentingan diri.

“Kenyataan Dr. Mahathir itu adalah tidak adil kepada institusi mufti kerana dengan mudah menyalahkan pihak kami sedang beliau ketika itu langsung tidak meminta pandangan golongan mufti,”


Puluhan rakyat lain terce­dera dan menyebabkan penahanan beratus-ratus orang.

Wednesday, November 23, 2016

SIAPA DI SEBALIK BERSIH ?



Kita semua telah mengetahui bahawa KOTOR 5 telah disokong oleh parti politik dan NGO-NGO kafir harbi dan liberal yang telah menerima bantuan kewangan, latihan (workshop), tunjuk ajar dan arahan dari dari tuan yang sama ititu kerajaan Amerika Syarikat(AS) melalui CIA dan organisasi-organisasi pro-Israel.

Pemberian pelbagai bantuan AS diberikan kepada parti politik dan NGO-NGO kafir harbi dan liberal ini jelas menunjukkan bahawa mereka adalah agen atau proksi kerajaan AS (dan Israel) yang bersikap anti-Islam. Maka kita tidka merasa hairan melihat parti politik dan NGO-NGO kafir harbi dan liberal tersebut memusuhi agama Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam di negara ini

Sejarah telah memberitahu kita bahawa kerajaan AS dan CIA telah menggunakan parti politik dan NGO-NGO asing untuk menggulingkan berpuluh-puluh kerajaan demokratik yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat mereka.

Sebagai contoh, Bureau for Democracy, Human Rights and Labor (DRL), The Middle East Partnership Initiative (MEPI), USAID, the National Endowment for Democracy (NED) , the International Republican Institute, the National Democratic Institute (NDI), dan Freedom House yang bertindak bagi pihak kerajaan AS dan CIA telah memberikan wang $390 juta kepada pelbagai NGO dan parti pembangkang Mesir untuk mencetuskan kekacauan, demonstrasi dan penentangan terhadap kerajaan Morsi.

Dengan sokongan kerajaan AS , CIA dan organisasi AS pro-Israel , NGO-NGO dan parti pembangkang Mesir telah bekerjasama dengan kaum Kristian Mesir mencetuskan keganasan dan rusuhan di jalan raya di Mesir supaya tentera dan polis Mesir boleh menggulingkan Presiden Morsi dan kerajaan demokrasinya semata-mata kerana Presiden Morsi mahu melaksanakan undang-undang Syariah di Mesir.

Sebagai contoh, Colonel Omar Afifi Soliman dan organisasinya Hukuk Al-Nas (People’s Rights) di AS telah diupah beratus ribu dollar AS oleh NED untuk mencetuskan keganasan di Mesir dan melakukan serangan ke atas kedutaan Arab Saudi dan Israel.

Gabungan parti pembangkang ‘The Salvation Front’ juga menerima wang dari kerajaan AS, CIA dan organisasi pro-Israel supaya mereka menyokong kempen protes di jalan raya.

NED juga telah mengupah Esraa Abdel-Fatah mempengaruhi aktivis-aktivis pengkhianat Mesir untuk mengepung semua masjid dan ulama-ulama Islam dll yang menyokong cadangan perlembagaan baru yang dicadangkan oleh Presiden Morsi. Dan ramai sebilangan umat Islam syahid kerana berjuang untuk melindungi masjid dan ulama-ulama Islam dari serangan puak pengkhianat Mesir.

Seorang Kristian Koptik Mesir dan NGOnya Hand In Hand for Egypt Association juga telah menerima $1.3 juta sebagai upah menentang Presiden Morsi melalui tv dan mengumpulkan 5 juta orang Kristian Orthodox Coptic melakukan keganasan dan demonstrasi di jalan raya menentang Presiden Morsi.

Agen-agen Israel dan aktivis Zionis Amerika juga turut melakukan keganasan di Mesir untuk menggulingkan Presiden Morsi dan kerajaan demokratiknta.

Pengkhianat-pengkhianat Mesir ini juga telah menggunakan kekerasan dan senjata untuk menindas atau menghapuskan rakyat Mesir yang bangkit menentang pengkhianat-pengkhianat Mesir yang bersikap pro-Israel.

Sekarang kerajaan Amerika Syarikat(AS) melalui CIA dan organisasi-organisasi pro-Israel sedang membantu dan menggunakan sebilangan parti politik pembangkang dan NGO kafir harbi dan liberal di negara ini untuk mencetuskan konflik agama dan perkauman untuk memberi peluang kepada kerajaan AS untuk campurtangan dalam hal-ehwal dan kedaulatan negara ini.

Dan agenda kerajaan AS dan CIA dan organisasi pro-Israel adalah jelas iaitu:

(1) melemahkan dan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam dan menggantikan pemimpin kerajaan dengan boneka AS yang pro-Amerika Syarikat dan pro-Israel,

(2) melemahkan atau menghapuskan kuasa politik Islam (PAS), mahkamah syariah, jabatan agama Islam, mufti dll,

(3) mempromosi ideologi buatan manusia seperti sekularisme, liberalisme dan pluralisme untuk menyesatkan umat Islam dan menjauhkan umat Islam dari agama Islam,

(4) menggantikan negara Islam ini (Perlembagaan Persekutuan 3(1) ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN) dengan kerajaan sekular liberal tulen yang diperintah oleh pemimpin liberal yang menjadi boneka kafir harbi.

(5) menafikan atau menghapuskan hak orang Melayu @ umat Islam sebagai rakyat majoriti negara ini.

Wahai umat Islam kembalilah kepada ajaran Islam dan bersatu-padulah membela agama Islam dan hak umat Islam kerana orang-orang kafir dan para munafik tidak pernah redha terhadap umat Islam dan mereka sedang berusaha untuk memperdayakan dan menyesatkan umat Islam.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

Thursday, May 26, 2016

MH370 : BELUM ADA KAKTA PUTUS



Belum ada keputusan ! Belum ada kata putus berkenaan pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 2 tahun yang lalu. Walaupun misi melengkapkan sasaran pencarian 120,000 kilometer persegi dari Lautan Hindi telah selesai. Misteri kehilangan pesawat boeing 777masih belum terungkai sehingga menimbulkan pelbagai versi cerita dan spekulasi yang kadangkalanya memang tidak masuk akal langsung.


Kerajaan pula telah membelanjakan lebih RM280 juta untuk operasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014. Sehingga kini tiada jawapan kepada persoalan berhubung punca insiden tragedi tersebut , ia hanya boleh diketahui jika pesawat itu ditemukan. 



Sebelum ini, ketiga-tiga negara Malaysia, China dan Australia bersetuju untuk menghentikan operasi pencarian sekiranya seluruh kawasan pencarian telah diteroka, melainkan jika ada bukti dan petunjuk baru ditemui. 



Namun ada satu pertubuhan Voice 370 yang mewakili ahli keluarga dan waris mangsa tragedi MH370 merayu agar misi pencarian pesawat ini diteruskan.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan, mensyuarat yang membabitkan Malaysia, China dan Australia akan diadakan Jun atau Julai ini bagi membincangkan tindakan seterusnya dalam mesyuarat tiga pihak. 




Kita perlu menunggu keputusan dari laporan pakar dan meneliti pandangan dan candangan daripada mereka. Dari laporan tersebut ianya akan dibawa kedalam mesyuarat tiga pihak. Oleh itu sehingga kini tiada lagi apa-apa keputusan dibuat. 

Justeru itu rakyat tidak perlu melayan jika ada  desas desus yang menyatakan kononnya siasat telah dihentikan kerana sememangnya belum ada apa-apa ketetapan dibuat.

Sebelum ini, lima serpihan pesawat telah ditemui dan dikenal pasti ada kemungkinan besar ianya milik pesawat MH370, namun itu semua belum cukup untuk memberi petunjuk dimana MH370 bersemadi.  

Rakyat Malaysia tidak pernah berputus asa menunggu episodnya yang terakhir. 










Saturday, January 23, 2016

MANSUH BIASISWA JPA, BUKTI PEMBANGKANG KAKI FITNAH




Terdesak mencari keburukan kerajaan, pembangkang tanpa rasa bersalah mahupun malu menyebarkan siri fitnah terbaru mereka kononnya kerajaan menghentikan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Siapa yang tidak tergejut tiba-tiba dikatakan kerajaan memansuhkan biasiswa ini. Ibu bapa dan mahasiswa tentulah lebih tertekan dengan berita ini. Pembangkang sengaja cuba membakar dan memarakkan lagi api kemarahan rakyat.

Bagi meredakan keadaan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong pantas menafikan fitnah jahat ini. Kerajaan tidak pernah menghapuskan atau memansuhkan program biasiswa JPA. Ini satu usaha jahat dan terdesak untuk memburukan kerajaan yang ketika ini sedang berusaha menyemak semula bajet 2016. .

Pembangkang sengaja mencari ruang untuk menimbulkan keadaan tidak tenang dan amarah rakyat. Seharusnya rakyat perlu mendapatkan maklumat yang benar dan sahih dari kerajaan.

Wee berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tersebar melalu aplikasi wassap, Facebook dan blog.

Kerajaan sebenarnya berhasrat untuk menilai semula kelayakan mereka yang menerima biasiswa agar biasiswa tersebut disalurkan kepada mereka yang layak menerimanya.

Ada yang berlaku sesetengah pelajar yang mendapat biasiswa tetapi tidak menghabiskan sesi pembelajaran mereka seperti yang sepatutnya. Perlu ada satu mekanisme yang mengawalnya agar bantuan kerajaan itu tidak menjadi sia-sia.

Mahasiswa pun kena ingat, duit yang mereka dapat untuk menyambung Pelajaran itu adalah wang negara. Jadi gunakan lah dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Jangan asyik "dok meqela" enjoy sini sana. Ingat ! Wang itu adalah amanah negara. 

Rakyat kenalah bersabar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan JPA bersama-sama dengan beberapa institusi lain sedang berusaha merungkaikan masalah ini.

Bagi Pemuda  Selempang Merah pelbagai berita yang disebarkan selama ini oleh pembangkang akhirnya terbukti semuanya adalah fitnah. Oleh itu rakyat sewajarnya sudah tahu semua berita dari portal dan blog pembangkang tiada kredibiliti dan tidak boleh dipercayai.

Mereka hanya tahu mengharu harakan negara sahaja.





Wednesday, October 7, 2015

32 JUTA LULUS UNTUK KAMPUNG BARU CINA DI SELURUH NEGARA

Perjumpaan dengan Kakitangan Bahagian Kampung Baru JPM dan 70 orang Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) untuk membincangkan pemantauan projek pembangunan di kesemua 607 buah kampung baru seluruh negara.

Ketika saat DAP sedang rakus menghasut masyarakat Malaysia dengan budaya samseng dan  demontrasi jalanan, MCA terus bergerak menjalankan tanggungjawab membantu rakyat khususnya masyarakat cina di kampung dan luar bandar. Tidak akan selamanya rakyat termakan hasutan dan fitnah. Apabila kebenaran telah muncul, maka semua fitnah akan hancur dengan sendirinya. 

Bertitik tolak kepada keyakinan bahawa rakyat mahukan perhatian dan pembelaan, kerajaan  telah meluluskan RM32 juta untuk membangunkan projek infrastruktur fizikal di 607 kampung baru Cina di seluruh negara.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong berkata, sebanyak 264 projek fizikal  daripadanya sudah siap yang  melibatkan peruntukan berjumlah RM18.4 juta. Jelas sekali kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan rakyat khususnya kaum cina seperti yang di fitnah pembangkang. Apa yang kerajaan lakukan ialah memberi lebih tumpuan kepada penduduk kampung dan luar bandar agar pembangunan yang diberi seimbang dengan penduduk di bandar. 

Sudah sampai ketika masanya untuk masyarakat cina kembali melihat dan menilai keikhlasan kerajaan dalam membantu mereka. Usahlah terpedaya dengan dakyah dan hasutan pembangkang terutama DAP yang sentiasa memainkan sentimen perkauman seolah-olah kerajaan meminggirkan kaum cina. 
Untuk tahun ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan dana pembangunan kampung baru sebanyak RM33 juta, di mana 97% daripada dana tersebut, bersamaan dengan RM32 juta telahpun diluluskan.




 Selepas beramah mesra dengan 70 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) dan Pegawai Bahagian Kampung Baru (BKB) di Menara Usahawan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mahukan pegawai PKP memikirkan perancangan untuk pembangunan dikampung baru cina dengan membuat kertas cadangan lebih awal dengan justifikasi yang rasional.

Kerajaan mahu setiap projek yang dilaksanakan mendapat maklum balas segera dari rakyat kerana kita mahu projek yang dilaksanakan itu bermanfaat kepada rakyat, tambahnya lagi.

Bagi meningkatkan lagi ekonomi penduduk Kampung Baru Cina  Kerajaan telah memperuntukan RM16.951 juta kepada 469 penduduk untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dibawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru (PKBC). Kerajaan berharap ianya dapat meningkatkan ekonomi isirumah disamping merancakkan lagi ekonomi setempat.

Di bawah RMK10, Kerajaan Pusat juga menyediakan Skim Pinjaman Mikro sebanyak RM100 juta kepada warga kampung baru melalui Bank Simpanan Nasional, di mana sebanyak 469 permohonan pinjaman mikro yang melibatkan dana sebanyak RM17 juta telah diluluskan hanya dalam tahun ini.

Bagi saya kerajaan telah buat segalanya bagi membantu semua kaum agar kekayaan ekonomi negara dapat dirasai oleh semua. Kita bertuah kerana mempunyai kerajaan yang begitu prihatin dengan rakyat. 





Friday, December 26, 2014

MALAYAN UNION 4 - British menekan Raja-raja Melayu


Willan menulis mengenai semua temu ramahnya dan membuat cadangan bagaimana British perlu bertindak ke atas raja-raja yang degil.
Beliau mencadangkan sultan mana yang perlu dahulukan dalam mendapat tandatangan. Pertama dalam senarai ialah Sultan Johor, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Keempat-empat sultan ini menandatanganinya, Willan yakin Sultan Perak tidak akan menolak.
Selepas memperoleh tandatangan Sultan Johor dan Raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu, barulah MacMichael ke Kedah dan negeri-negeri lain di utara Semenanjung. Kedah dijangka memberi sedikit tentangan kerana baginda terikat untuk berunding dengan majlis negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri, Haji Sheriff Awang Osman yang rapat dengan baginda dan dianggap boleh menjadi batu penghalang, mesti dipujuk terlebih dahulu.
British percaya inilah sebaik-baik cara untuk mendapat persetujuan baginda. Tidak ada masalah dijangka berlaku di Perlis, Terengganu dan Kelantan kerana semua sultan menaiki tahta pada zaman pemerintahan Jepun dan terpaksa bergantung kepada pengiktirafan British untuk megekalkan kedudukan mereka.
Berikutan laporan Willan, MacMachael dihantar ke Tanah Melayu pada bulan berikutnya. Menjelang waktu itu, rakyat Tanah Melayu mendengar rancangan Malayan Union dan mereka marah walaupun tidak tahu kandungan cadangan itu.
Disebabkan kekurangan maklumat yang sahih, mereka mengagak British mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan dan memberikan kerakyatan kepada semua penduduk.
Orang Melayu sedar kedudukan mereka yang miskin, kurang pendidikan dan tidak banyak terbabit dalam kegiatan ekonomi negara yang meguntungkan. Mereka bimbang akan menjadi strata terkebawah dan serba kekurangan dalam mayarakat Tanah Melayu.
Apabila laporan dan berita keazaman British melaksanakan Malayan Union semakin merebak, keyakinan rakyat terhadap raja-raja mereka mula terhakis. Mereka tidak mahu dipisahkan datipada politik.
Walaupun sikap mereka boleh dianggap derhaka, mereka berpendapat raja-raja mereka tidak berdaya menangkis tekanan British.
Idea awal perpaduan Melayu mula tersebar ke semua negeri di Tanah Melayu, tetapi mereka tidak yakin dapat menghalang rancangan British.
Seruan agar Melayu berfikir sebagai rakyat Tanah Melayu dan bukan rakyat jelata raja pelbagai negeri menjadi semakin lantang dan keras.
Akhbar tempatan mula mempopularkan idea perpduan Melayu dan mengesyorkan penubuhan sebuah badan tunggal bagi newakili semua orang Melayu.
Mereka juga cemburu dengan Indonesia kerana mempunyai seorang pemimpin karismatik, iaitu Sukarno sehingga ada yang memikir akan gabungan kedua-dua negara. Namun mejoriti orang Melayu percaya jika mereka berjaya menubuhkan sebuah badan tunggal untuk orang Melayu, seorang pemimpin akan muncul.
Bersambung......

Sunday, April 13, 2014

BIARLAH APA ORANG NAK CAKAP.... ALLAH JUGA TEMPAT SAYA AKAN DI KEMBALIKAN.


Dia pernah dituduh dengan pelbagai gelaran. Maha Firaun , zalim , ditaktor , kafir , keras kepala dan pelbagai lagi kata nista yang tidak sanggup kita dengar untuk seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada Dunia Islam khususnya di Tanahairnya sendiri , Malaysia. 

Tetapi siapa yang tahu bahawa beliau amat di sayangi dan disenangi bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan di seluruh dunia amat mengkagumi dirinya. 

Pernah Dr. Zakir Naik menyatakan bahawa "jika minyak di Tanah Arab di kuasai oleh Tun Mahathir, maka seluruh dunia akan dikuasainya" ... begitulah kenyataan seorang pendakwah hebat terhadap Tun Mahathir. Kata-kata ini bukanlah satu pujian yang biasa tapi satu kenyataan yang  bersih hasil dari pengamatan dari pengetahuannya.

Syeikh Imran Hossain pernah menyatakan satu kenyataannya dalam Youtube " Hanya ada satu negara didalam dunia muslim sekarang ini yang nampak sudah  memahami bahawa sistem keewangan  antarabangsa adalah satu penipuan  hanya satu pemimpin dan dia adalah Dr. Mahathir dari Malaysia".







Saturday, April 6, 2013

PERJUANGAN ABIM DI SALAHGUNAKAN

 Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba kesal dengan perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kini dipergunakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini.
Menurut beliau, kecenderungan itu memberi impak kepada hala tuju perjuangan ABIM sebagai sebuah badan dakwah dan tarbiah yang sepatutnya tidak berpihak pada mana-mana parti politik sebagaimana pendirian pertubuhan tersebut selama ini.


Lebih mengejutkan, kata beliau, bekas pemimpin serta aktivis ABIM itu masih sanggup bersama-sama perjuangan Anwar walaupun kredibiliti serta integriti moral dan pegangan agama pemimpin pembangkang berkenaan terbukti telah tercalar selama ini.
Bagaimanapun, beliau percaya kecenderungan individu tertentu daripada ABIM untuk menyokong Ketua Pembangkang itu hanya didorong oleh perasaan 'taksub' mereka terhadap Anwar sehingga sanggup mengetepikan segala bukti yang dikemukakan tentang pemimpin tersebut.


"Kalau orang tidak setuju itu terpulang. Kita ada berbeza pandangan dan perkara itu diizinkan tetapi mesti didukung dengan etika.
"Saya berbeza dengan mereka sebab saya ada fakta, maklumat tetapi mereka berbeza kerana tidak mengkaji. Sebut saja Anwar, terus jadi taksub," katanya.
Sidek yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM dan masih menjadi ahli pertubuhan itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan hati ke hati dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau diminta mengulas pemilihan aktivis ABIM, Datuk Idris Jauzi sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada pilihan raya umum kali ini, seperti diumumkan Anwar kelmarin.
Sementara itu, kata Sidek, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk aktivis ABIM, pemimpin mahasiswa dan pihak berkepentingan untuk mengadakan pertemuan dengan beliau dan melihat sendiri hasil kajian lengkapnya mengenai Anwar sehingga menyebabkan beliau menolak pemimpin itu.


''Seperti contoh dalam beberapa siri pertemuan dengan ahli ABIM di rumah saya iaitu seramai 70 orang, kesannya ada. Saya ambil pendekatan terbuka.
"Saya bawa tokoh yang tahu tentang siapa Anwar dan dia ceritakan. Saya kata jangan rekod atau letak dalam blog. Mereka akan bertanya selama dua tiga jam dan apabila dia puas hati, saya tidak pun membuat ketetapan, saya tidak suruh mereka ambil pendirian," katanya.


Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan mengapa Pas masih sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR sedangkan DAP jelas mengamalkan idea sosialis demokratik yang bersifat liberal dan Anwar terpalit dengan pelbagai isu moral.

"Kalau masih ingat, Syed Husin Ali pernah dilarang oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul 
Aziz Nik Mat daripada bertanding di Kota Bharu kerana dasar sosialis demokrat yang dibawanya tetapi kini Pas bekerjasama dengan mereka," jelasnya.
Mengenai pertemuan empat mata dengan Dr. Mahathir hari ini pula, katanya, langkah itu dilakukan demi mendapatkan penjelasan bekas Perdana Menteri tersebut dan berkongsi maklumat mengenai Anwar serta sebab Anwar disingkirkan daripada Kabinet Dr. Mahathir lebih sedekad lalu.


"Tun Dr. Mahathir ada asas yang cukup baik kerana dia seorang yang rasional. Dia seorang yang membuat keputusan berdasarkan fakta bukan emosi dan mengambil tindakan menyingkirkan Anwar walaupun bukan tindakan popular," katanya.


Sunday, March 10, 2013

PERCAYALAH , HARAKAH BENAR...! ! !



Saya percaya HARAKAH 100% apabila muka Hadapannya menyatakan "MENGUNDI ANWAR IBARAT MENEMPAH BILIK NERAKA".
Saya percaya apabila Timbalan PAS Mat Sabu 100% menyatakan Anwar terlibat dengan aktiviti liwat apabila beliau mengelar Mantan Timbalan PM "Anwar Aljuburi". 
Saya juga percayakan karpal Singh 100% apabila dia menuduh Anwar terlibat dengan kegiatan liwat sehingga meminta bekas TPM itu meletak jawantan atau di pecat.

TAPI SAYA HAIRAN KENAPA HARAKAH TIDAK PERCAYA APA YANG TELAH DITULISNYA DULU...???
SAYA JUGA HAIRAN KENAPA MAT SABU MENYATAKAN YANG DI CAKAP DULU HANYALAH FITNAH SEMATA-MATA UNTUK MENJATUHKAN ANWAR.
SAYA JUGA HAIRAN KENAPA KARPAL SINGH BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBELA ANWAR DAN MENYATAKAN APA YANG DIA TUDUH DULU HANYALAH BOHONG SEMATA-MATA.

Jadi disini saya ingin kepastian dari Muhammad Al-mahdi Abdullah , Zam Usop PA , Jeneral Yakuza Ogawa , Jebat Pembela , Abu Hitam , Abu Nawas , Zamzuri Mohamed Tahir , Abg Mus Usof , Hasan Al Bana , APAKAH SAYA BOLEH PERCAYA DENGAN MEREKA YANG MEMBOHONGI DIRI MEREKA SENDIRI ....???

KEMUNAFIKAN JENIS APAKAH AKHIR ZAMAN INI ...???