Wednesday, October 7, 2015

32 JUTA LULUS UNTUK KAMPUNG BARU CINA DI SELURUH NEGARA

Perjumpaan dengan Kakitangan Bahagian Kampung Baru JPM dan 70 orang Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) untuk membincangkan pemantauan projek pembangunan di kesemua 607 buah kampung baru seluruh negara.

Ketika saat DAP sedang rakus menghasut masyarakat Malaysia dengan budaya samseng dan  demontrasi jalanan, MCA terus bergerak menjalankan tanggungjawab membantu rakyat khususnya masyarakat cina di kampung dan luar bandar. Tidak akan selamanya rakyat termakan hasutan dan fitnah. Apabila kebenaran telah muncul, maka semua fitnah akan hancur dengan sendirinya. 

Bertitik tolak kepada keyakinan bahawa rakyat mahukan perhatian dan pembelaan, kerajaan  telah meluluskan RM32 juta untuk membangunkan projek infrastruktur fizikal di 607 kampung baru Cina di seluruh negara.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong berkata, sebanyak 264 projek fizikal  daripadanya sudah siap yang  melibatkan peruntukan berjumlah RM18.4 juta. Jelas sekali kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan rakyat khususnya kaum cina seperti yang di fitnah pembangkang. Apa yang kerajaan lakukan ialah memberi lebih tumpuan kepada penduduk kampung dan luar bandar agar pembangunan yang diberi seimbang dengan penduduk di bandar. 

Sudah sampai ketika masanya untuk masyarakat cina kembali melihat dan menilai keikhlasan kerajaan dalam membantu mereka. Usahlah terpedaya dengan dakyah dan hasutan pembangkang terutama DAP yang sentiasa memainkan sentimen perkauman seolah-olah kerajaan meminggirkan kaum cina. 
Untuk tahun ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan dana pembangunan kampung baru sebanyak RM33 juta, di mana 97% daripada dana tersebut, bersamaan dengan RM32 juta telahpun diluluskan.




 Selepas beramah mesra dengan 70 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) dan Pegawai Bahagian Kampung Baru (BKB) di Menara Usahawan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mahukan pegawai PKP memikirkan perancangan untuk pembangunan dikampung baru cina dengan membuat kertas cadangan lebih awal dengan justifikasi yang rasional.

Kerajaan mahu setiap projek yang dilaksanakan mendapat maklum balas segera dari rakyat kerana kita mahu projek yang dilaksanakan itu bermanfaat kepada rakyat, tambahnya lagi.

Bagi meningkatkan lagi ekonomi penduduk Kampung Baru Cina  Kerajaan telah memperuntukan RM16.951 juta kepada 469 penduduk untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dibawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru (PKBC). Kerajaan berharap ianya dapat meningkatkan ekonomi isirumah disamping merancakkan lagi ekonomi setempat.

Di bawah RMK10, Kerajaan Pusat juga menyediakan Skim Pinjaman Mikro sebanyak RM100 juta kepada warga kampung baru melalui Bank Simpanan Nasional, di mana sebanyak 469 permohonan pinjaman mikro yang melibatkan dana sebanyak RM17 juta telah diluluskan hanya dalam tahun ini.

Bagi saya kerajaan telah buat segalanya bagi membantu semua kaum agar kekayaan ekonomi negara dapat dirasai oleh semua. Kita bertuah kerana mempunyai kerajaan yang begitu prihatin dengan rakyat. 





No comments:

Post a Comment