Tuesday, February 24, 2015

MH370 DI ANTARTIKA ? - sinar harian

BUKTI baharu mengenai kehilangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari siasatan tentang misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Pendedahan itu akan disiarkan dalam dokumentari National Geographic bertajuk “Malaysia 370: What Happened?” yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.


Dalam dokumentari tersebut, pakar-pakar penerbangan dilaporkan akan membentangkan teori bagaimana MH370 dengan sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Laporan juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Memetik laporan Mirror.uk, mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Salah seorang pakar penerbangan, Malcolm Brenner berkata, kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu dilaporkan hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya.


sinar harian
 

No comments:

Post a Comment