Wednesday, April 27, 2016

DAP TERTEKAN DENGAN KERJASAMA ERAT PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL



DAP -sering mengunakan sentimen rasis perkauman dalam setiap kempen Pilihanraya mereka. Tidak terkecuali juga di PRN Sarawak kali ini. Kononnya UMNO akan masuk ke Sarawak dan "merompak" kekayaan Negeri Sarawak. 

Oleh itu untuk menyelamatkan Negeri Sarawak, orang Sarawak terutama minoriti cina dan kaum-kaum lain dihasut agar menolak Barisan Nasional (BN). Apakah DAP cuba menipu orang Sarawak yang masuk ke Sarawak bukanlah UMNO tetapi DAP , PKR dan PAN. 



DAP sebenarnya amat bimbang dengan sokongan kuat orang cina terhadap Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebab itulah macam-macam tohmahan kepada UMNO yang sengaja ditimbulkan. Apa punya kempen DAP ini, isu di Sarawak tapi cerita UMNO pula yang dibawa. Nampak sangat Bangkrup idea.

DAP juga cemburu dengan ceramah-ceramah SUPP, parti utama masyarakat Cina di Sarawak sentiasa mendapat sambutan baik.  

Sejak Adenan Satem mengambil alih banyak perubahan yang telah dilakukannya termasuklah mengiktiraf sijil UEC dan memberi peruntukan sekolah cina sebanyak 12 juta untuk tempoh 3 tahun. 

Dalam kempen PRN Sarawak kali pemimpin kaum Cina dari Semenanjung turut datang membantu dan memberi sokongan moral. Antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Dr. Wee Ka Siong. 

Datuk Seri Liow tiong Lai turut bersama-sama penyokong BN berarak ke Majlis Perbandaran Pandawan untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon dari Presiden parti SUPP Datuk Dr. Sim Kui Hian. menurut Dr. Sim, inilah saat-saat yang sangat penting mengenepikan perbezaan  kekal bersatu untuk memastikan calon BN menang. "Misi kami (SUPP) adalah ingin mengambil kembali kerusi tradisi kami dari jatuh ke tangan pembangkang. 



Manakala Datuk Wee Ka Siong pula mengiringi calon BN dari dari DUN Tanjung Batu Bintulu, Datuk Pau Chiong  ke penamaan calon. Wee menyifatkan rakan lamanya ini seorang yang sangat rajin bekerja untuk rakyat, berpendididkan dan pemimpin yang berani serta berjiwa rakyat. 

Jika dilihat dari gerak kerja jentera BN dari sebelum dan selepas hari pencalonan, memang wajar sekali DAP merasa tekanan yang hebat. Apatah lagi pakatan mereka bersama PKR berantakan hebat berebut kerusi. Apakah ini juga salah UMNO atau Pakatan Harapan sendiri yang tidak mempunyai semangat setiakawan seperti Barisan Nasional ?