Wednesday, September 30, 2015

PRASARANA MENJANJIKAN PERGERAKAN TREN MUSIM HAJI YANG LEBIH BAIK 2016


Keselamatan, Kemudahan dan keselesaan jemaah haji adalah menjadi teras utama Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) peneraju operasi Al-Mashaaer Al Mugaddassah Mekah Metro Southern Line (MMMSL) menambah baik pergerakan tren untuk operasi musim depan. 

Walaupun mendapat pujian dari pihak berkuasa Arab Saudi dn dianugerahkan kontrak tiga tahun sehingga musim haji 2017, namun kami akan usahakan sesuatu yang lebih baik untuk keselesaan dan kemudahan jemaah pada musim depan, kata Pengarah Operasi MMMSL, Muhammad Burhanordin Ismail. 

Selepas beberapa insiden yang melibatkan  nyawa jemaah haji baru-baru ini, sudah tentulah kerajaan Arab Saudi lebih menitikberatkan keselamatan jemaah haji. Sebarang kesilapan dan kealpaan boleh mengundangkan malapetaka yang tidak diundang. Oleh itu pihaknya mahu mutu perkhidmatan terus diperbaiki untuk meningkatkan keselesaan dan melincinkan perjalanan haji 

Justeru itu, satu bengkel khas akan diadakan di Mekah 1 Nvember ini bersama pakar perunding antarabangsa dan pegawai tinggi Kementerian Pihak Berkuasa Perbandaran dan Luar Bandar (MOMRA), yang bertanggungjawab kepada keseluruhan operasi haji di Arab Saudi. 

Melalui bengkel ini, keseluruhan operasi akan dinilai semula secara terperinci dan  keberkesanan program dikaji semula, khususnya formula pergerakan sejak perkhidmatan diperkenalkan sejak 2010 lagi.


Burhanordin juga berkata, pihaknya juga mengadakan perjumpaan dengan MOMRA beberapa jam sebelum berakhirnya operasi keseluruhan tahun ini, dan pihak MOMRA melahirkan rasa bangga kerana keupayaan PRASARANA  menyediakan perkhidmatan komprehensif  walaupun dalam ruang masa yang singkat dalam membuat persedian. 



No comments:

Post a Comment