Kenapa pembangkang serang FELDA ? Sejak sebelum PRU 13 lagi pembangkang mensasarkan agensi-agensi kerajaan yang berasaskan keutamaannya kepada bumiputera antaranya FELDA.
Felda telah muncul sebagai satu organisasi perniagaan multinasional yang berasaskan agribisnes bersepadu dan dinamik dengan aktiviti huluan dan hiliran yang mapan telah memberi memanfaatkan bukan sahaja warga peneroka malah masyarakat Malaysia dan negara.
Felda juga telah menyusunan dan menstrukturkan semula peranan, model perniagaan dan pegangan ekuiti dalam Kumpulan Felda yang telah memberi manfaat yang lebih kepada warga peneroka. Dengan populasi warga Felda yang makin meningkat, Felda sebagai Economic Powerhouse telah semakin kukuh dan mampan untuk menampung pertumbuhan ini.
Felda telah mentransformasikan dan menggalakkan peningkatan pengeluaran dari aset perladangan serta menambah baik nilai Felda. Kini generasi baru Felda tidak hanya perlu menjadi golongan peneroka di rancangan tanah sendiri, bahkan mereka mampu keluar meneroka sumber dan sektor perniagaan dan perladangan baru di luar negara.
Kejayaan demi kejayaan yang di capai oleh Felda menimbulkan iri hati dan cemburu dimata pembangkang. Maka tidak hairanlah Felda di cemburui dan menjadi duri dalam daging kepada usaha jahat pembangkang. Mereka tidak boleh melihat kejayaan orang Melayu melalui Felda. Oleh itu mereka mula menyerang Felda dengan pelbagai fitnah-fitnah liar.
Menurut Pengerusi Felda , Tan Sri Isa Samad, Felda sering menjadi tumpuan kerana ada pihak yang cemburu kepada kejayaan Felda dan sokongan Felda kepada kerajaan Barisan Nasional. Bemacam-macam fitnah dikeluarkan dengan niat ingin mencemarkan dan memburukan nama Felda. Mereka yang membuat fitnah ini ingin melihat orang Melayu membenci Felda dan seterusnya menolak kerajaan Barisan Nasional yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Felda.
Kemenangan Felda menepis fitnah kononnya Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel baru-baru ini telah membuktikan pembohongan mereka memang berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Felda. Menurut Tan Sri Isa, fitnah ini telah tersebar sejak pada musim PRU ke -13. Ia dilakukan dengan niat untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan memberi kesan kepada sokongan Melayu kepada kerajaan Barisan Nasional.
Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terbukti dan sekaligus telah membersihkan nama Felda. Sebagai Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berharap warga Felda terlebih dahulu perlu merujuk kepada pejabat Felda sekiranya ingin mendapat sesuatu kepastian dan jangan mudah percaya dengan fitnah dan khabar angin yang tidak berasas.
Tuduhan Wall Street Journal (WSJ) kononnya Felda menganiaya pekerja asing juga adalah tidak berasas. Mereka gembira berkerja disini dan ada yang lebih suka dapat terus menetap di Felda kerana selesa dan gembira bekerja disini.
Sepertimana yang kita tahu, WSJ tidak pernah melaporkan pekara yang betul dan elok-elok tentang Malaysia dan kepimpinan Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika WSJ mencari isu untuk menjatuhkan Felda.
Kita sedar, apa sahaja yang menjadi milik dan kekuatan ekonomi orang Melayu ianya akan diserang dan difitnah. Oleh itu, WSJ beringatlah, jangan cuba menyentuh kepentingan orang Melayu terutama Felda, segala dakwaan yang tidak munasabah dan tidak mempunyai bukti yang kukuh akan memakan diri, Tegas Tan Sri Isa Abdul Samad, Pengerusi Felda.

No comments:
Post a Comment