Monday, September 28, 2015

PLKN PERKENAL MODUL MENARIK AWAL TAHUN DEPAN

Setelah setahun kem PLKN senyap dan sunyi dari derapan kawat kaki peserta-pesertanya dan ngauman pelatih memberi arahan, mulai awal tahun hadapan PLKN akan dibuka semula dengan modul yang lebih menarik, mencabar dan kompetitif untuk peserta-pesertanya. 

Konsep PLKN 2.0 kali ini pun berbeza, tiada lagi paksaan Pengambilan peserta secara sukarela. Apa yang menarik kali ini ialah kerajaan memperkenalkan lapan modul baru yang terdiri dari lima modul utama dan tiga sub modul. Cuma yang menjadi persoalannya nanti, bagaimana pula dengan penyertaan semua kaum jika pengambilan peserta dibuat secara sukarela? 

Lapan modul baru yang disebut diatas ialah - Fit4Life, Tech & Talk, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, iUpgrade, Spirituality, MyFuture dan Khidmat Komuniti.

Fit4Life adalah latihan yang berbentuk ketenteraan, aktiviti ekstream, latihan kecergasan dan kemahiran survival. Fit4life bertujuan membentuk pesonaliti yang sihat cergas, berdisiplin, berani, berdaya tahan dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Saya berpendapat Fit4Life ini tidak banyak beza dengan modul lama PLKN, cuma mungkin ditambahbaik lagi modulnya. 

Saya lebih gemar dengan Tech & Talk kerana ianya lebih mengunakan daya pemikiran yang tajam dan kritis. Memang sesuai sangat untuk penulis. Tech & Talk ini amat menekankan pembangunan pesonaliti diri, membina pemikiran kreatif, kritis dan membentuk kemahiran berkonunikasi yang lebih matang terutama dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

Selain itu, nilai patriotisme dan semangat cintakan negara juga dipupuk melalui modul Malaysiaku dan modul Be Safe Be Alert pula bagi meningkatkan pemahaman pelatih tentang cabaran dan ancaman semasa samada dalam bentuk moden mahupun tradisional. 

Kerajaan juga memandang berat kepada pembangunan individu, oleh itu iUpgrade diperkenalkan bagi melengkapkan pelatih dengan latihan berasaskan pengalaman. iUpgrade ini membantu seseorang individu daripada mampu buat kepada buat lebih baik dan seterusnya cekap. Ini akan membentuk mereka menjadi tenaga kerja yang mahir dan cekap. Apatah negara kita kini amat memerlukan tenaga kerja mahir yang tinggi. 

Disamping itu, negara juga memerlukan belia dan beliawanis yang sanggup menawarkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan. Budaya membantu dan sukarelawan akan mendidik peserta PLKN agar lebih prihatin dengan nasib mereka yang kurang baik dan memerlukan bantuan. Oleh itu modul Khidmat Komuniti diwujudkan bagi mendidik mereka menjadi warga yang prihatin dan peka kepada hidup bermasyarakat. 


Manakala  modul Spirituality pula akan lebih menumpukan kepada soal kerohanian dan pemahaman. Pelatih akan diberi tunjuk ajar akan kepentingan menghormati serta memahami sistem masyarakat berbialng kaum di Malaysia. 













No comments:

Post a Comment