Apa perlu "orang luar" untuk mengajar tentang perpaduan dalam Barisan Nasional. Setelah sekian lama Barisan Nasional berkuasa, adakah mana-mana parti mampu mengatasi rekod cemerlang Barisan Nasional memerintah negara yang berbilang kaum dengan aman dan harmoni. Apatah lagi ada gesaan pula yang mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional. Sebenarnya gesaan ini lebih kelihatan mengikut emosi dan terbabas dari menyelusuri sejarah semangat penubuhan Barisan Nasional.
MCA adalah parti yang sama-sama bersama UMNO dan MIC mengorak langkah perpaduan kaum sejak sebelum merdeka lagi. MCA juga parti yang cukup berjasa kepada kaum cina sehingga mereka diterima sebagai rakyat negara ini. Gesaan sesetengah individu agar MCA keluar dari BN sebenarnya datang dari mereka yang tidak kenal erti kesetiakawan dalam Barisan Nasional. Hanya kerana beberapa kenyataan tidak bijak dari beberapa individu MCA pula hendak disalahkan.
Oleh itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan bingkas bangun mempertahankan kesetian MCA kepada Barisan Nasional. Katanya, MCA bukanlah 'orang luar' dalam BN kerana merupakan parti yang bersama UMNO dan MIC mengasaskan pembentukan Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.
Sewajarnya kita mencari jalan penyelesaian yang lebih bijak dari membangkitkan soal yang mengundang polimik yang tidak menguntungkan Barisan Nasional. Dari bercakaran sesama sendiri adalah lebih baik perpaduan dikalangan parti komponen Barisan Nasional diperkukuhkan.
Berhentilah bergaduh sesama sendiri, 'Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita, sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu. Kata Datuk Seri Ong Ka Chun.
No comments:
Post a Comment