Saturday, September 26, 2015

OPS SERKAP BERKAS KERETA SAPU, TEKSI ELAK GUNA METER



Mereka tidak pernah serik, mereka tidak pernah takut, mereka tidak pernah risau. Kenapa ? Adakah mereka tiada pilihan lain ? Apa yang memotivasi mereka untuk terus melakukan perkerjaan ini ? Terdesak sangatkah mereka? 

Pada Ogos 2014, SPAD telah mengesan 50 lokasi panas di sekitar Kuala Lumpur "kereta sapu" yang memberi khidmat ala-teksi secara haram.

April 2015 lepas, selepas membuat risikan selama empat hari di  sekitar  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) akhirnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan sembilan pengendali kereta sapu dan empat ulat teksi.


Tanpa merasa putus asa SPAD sekali lagi melancarkan satu operasi "Ops SERKAP" di Terminal Pudu Sentral yang diketuai oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni bin Che Ahmad.

Operasi ini dilancarkan sempena Sambutan Hari Raya Haji bermula 21 September 2015 dan berakhir pada 28 September 2015. Kali ini SPAD mensasarkan Ulat Tiket, Teksi yang tidak guna meter dan Kereta Sapu yang mengunakan Apps Grab disekitar kawasan Pudu Sentral. 

Operasi kali ini berjaya menahan 6 kes,  2 kes memujuk dan mendesak pengguna yang boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 205 APAD 2010 atau denda tidak melebihi RM50 ribu atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, 2 kes mengendalikan perkhidmatan Awam Tanpa Lesen Pengendali (kereta sapu) dibawah seksyen 16 APAD 2010 atau denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali dan 2 kes Teksi Tidak Mengunakan Meter bawah seksyen 22 APAD 2010 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 ribu atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. 


Empat kenderaan telah disita bagi membantu siasatan iaitu 2 teksi, 1 Merz dan 1 Toyota Camry.

Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata lebih serius, perkhidmatan kereta sapu mendapat permintaan menggalakkan khususnya di tempat-tempat pelancongan. Mereka juga mengunakan kenderaan mewah seperti Mercedes, BMW dan lain-lain kenderaan mewah.

SPAD telah merekodkan hampir 450 kes berkenaan kereta sapu atau kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan sewaan tanpa permit di Semenanjung sejak Oktober lepas selain telah menyita sebanyak 130 kenderaan.

“Membanteras ulat tiket dan kegiatan kereta sapu bukan perkara mudah, malah ada  anggota yang  menyamar sebagai penumpang,  dan melakukan risikan dan intipan rapi selama beberapa hari.

Kegiatan ini boleh dibenteras andai pengguna tidak memberi kerjasama dengan tidak mengunakan khidmat mereka. 










No comments:

Post a Comment