Makin lama makin pelik, makin aneh dan amat ganjil. Macam mana satu pakatan yang dulunya dikatakan hangat bercinta kini berpisah talak tiga tapi masih duduk dibawah satu kerajaan negeri iaitu Selangor, sedangkan di Pulau Pinang mereka terus disingkirkan tanpa banyak bicara Itulah yang berlaku kepada DAP, PKR dan PAS.
Kepelikan dan keanehan ini berterusan lagi apabila DAP dengan sekutu rapatnya dengan selamba mencipta satu lagi parti setelah memecahbelahkan PAS kepada beberapa kumpulan. Parti yang saya maksudkan ini adalah Parti Amanah yang dianggotai oleh mereka yang mengkhianati perjuangan PAS. Mereka mengelarkan pakatan baru mereka sebagai "Pakatan Harapan". Entah apa yangboleh diharapkan dengan pakatan merapu ini.
Kecelaruan dan kepelikan inilah yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Kaa Siong sebagai "Aneh dan Ganjil". Ini kerana sehingga kini mereka masih lagi menyatakan Pakatan Rakyat masih lagi wujud di Selangor sedangkan pada masa yang sama mereka mencipta pakatan baru yang dinamakan Pakatan Harapan tanpa penglibatan PAS tetapi mengunakan bekas serpihan PAS untuk mewujudkan satu pakatan baru. Apa jenis perkahwinankah ini ? Ini tidak lebih adalah demi untuk kepentingan politik mereka sahaja, bukan untuk kesejahteraan rakyat.
"Saya pun tak tau ini pakatan apa, kalau kata pakatan harapan, kenapa tidak melibatkan PAS. Kalau mereka tidak melibatkan PAS bermaksudnya secara automatik pakatan rakyat akan pupus, tidak wujud lagi dan ini berkisar kepada jawatan exco yang dipegang oleh parti masing-masing" Datuk Dr. Wee Kaa Siong.
Memang benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Wee, mereka hanya pentingkan jawatan masing-masing dalam kerajaan negeri. Jika pakatan rakyat ini dihapuskan dari muka bumi Selangor, sudah tentu jawatan mereka di Selangor akan tergugat. Boleh jadi berlakunya perpecah besar dalam kerajaan negeri jika pakatan ini tidak dikekalkan di Selangor.
Oleh itu, pakatan rakyat perlu dikekalkan sehingga PRU 14 akan datang agar kuasa mereka dapat dikekalkan sehingga penggal mereka tamat. Sudah jelas, mereka tidak pernah memikirkan tentang masalah rakyat. Apa yang mereka fikirkan hanyalah bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa dengan percaturan politik baru ini.
Saya pasti selepas Pakatan Harapan ini kuat dan kukuh, Pakatan Rakyat di Selangor akan mansuh dan PAS diceraikan dengan rasminya serta Parti Amanah akan mengambil alih tempat PAS.
Selamat Tinggal PAS.
No comments:
Post a Comment