MCA sudah bersedia untuk mengempur habis-habisan Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah pada pilihanraya umum akan datang. Terima kasih kepada UMNO kerana telah bersetuju untuk memberi semula kerusi Gelang Patah kepada MCA. Namun beranikah Lim Kit Siang berhadapan dengan MCA di Gelang Patah pada PRU 14 nanti ?
Sudah menjadi kebiasaan Lim Kit Siang berpindah dalam setiap penggal PRU. Adakah kali ini beliau akan kekal di Gelang Patah berhadapan dengan calon rakyat dari MCA ? Walaupun pada pilihanraya lepas Lim berjaya menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan mejoriti 14762 ini tidak bermakna DAP dan Lim Kit Siang boleh mendabik dada, ini kerana ketika itu rakyat telah dikaburi oleh fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang yang masih tebal dengan simpati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun PRU akan datang cerita fitnah selama ini telah pun diketahui kebenarannya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya di fitnah itu pun telah terbukti kebenarannya. Lihatlah apa yang berlaku di Gelang Patah sekarang, pengundi-pengundi beliau amat sukar untuk bertemu dengannya. Lim Kit Siang lebih gemar berpolitik dari agenda membantu rakyat di Gelang Patah.
Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, Lim Kit Siang langsung tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kepada penduduk Gelang Patah. Bahkan mereka amat sukar untuk menemui beliau untuk mendapatkan pertolongan.
Liow ketika ditanya oleh pemberita selepas merasmikan Konvensyan MCA Johor turut menyatakan bahawa selain kerusi Gelang Patah, UMNO juga bersetuju untuk memberi kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA pada PRU akan datang.
Liow juga yakin, kali ini rakyat sudah menyedari kesilapan mereka memilih DAP sebagai wakil mereka dan yakin Barisan Nasional mampu mengegarkan kubu kuat DAP disana.
No comments:
Post a Comment