Thursday, September 24, 2015

KERTEH BAKAL ADA TERMINAL BAS EKSPRES MODEN

Stesen Bas Chukai Kemaman


Keperluan yang tinggi dan mendesak memungkin  kerajaan negeri Terengganu membina sebuah terminal bas ekspress terbaru di Kerteh. Terminal yang bernilai 2 juta itu bakal memberi manfaat kepada ribuan penduduk di Kerteh. 

Segala proses dokumentasi bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri telah selesai, dan dijangka kerja pembinaan akan dimulai awal tahun depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman, peruntukan bagi membina Terminal Bas Ekspress akan disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri. 


Ketika ini Kemaman hanya ada  satu terminal bas ekspress beropersi iaitu di Chukai, ini menyukarkan pengguna kerana tiada hentian khusus untuk mereka menunggu kenderaan awam di tempat yang sesuai. Bahkan mereka terpaksa menunggu di beberapa pondok bas yang dijadikan tempat mengambil dan menurunkan penumpang.


Tapak yang bersesuaian telah dikenal pasti iaitu berdekatan dengan restoran makanan segera McDonalds Kerteh. Dan  proses pembinaan akan mengambil masa 10 hingga 12 bulan. Dijangka buat permualaan 10 buah syarikat akan beroperasi di terminal itu apabila siap nanti, dan jumlah ini dijangkakan akan meningkat. 



No comments:

Post a Comment