Thursday, September 24, 2015

Sampai bilalah PAS nak tipu oleh mereka




“Kerajaan Selangor akan terus stabil dan kekal berfungsi selagi mana Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali mendapat sokongan majoriti Adun di negeri tersebut,” demikian ujar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika mengulas status Kerajaan Selangor selepas pembentukan gabungan pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

“Kerajaan Selangor tidak terjejas kerana menteri besar masih memperoleh majoriti Adun.

“Jadi tiada sebarang isu (dalam pembentukan pakatan baharu) yang boleh jejaskan kestabilan pemerintahan,” katanya.

Semalam, Pakatan Harapan ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel, hari ini.

Wan Azizah yang mewakili ketiga parti berkata, penubuhan tersebut merupakan muafakat pakatan pembangkang dalam memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurutnya lagi, penubuhan tersebut merupakan usaha untuk menyatukan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang.