Monday, January 18, 2016

2016 TAHUN INTEGRITI MOT




Kesungguhan  Kementerian Pengangkutan dalam meningkatkan integriti warga kementeriannya dapat dilihat apabila Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai bersunguh-sungguh menerapkan Budaya integriti dalam kementeriannya.

Justeru itu beliau telah mengisytiharkan bahawa tahun 2016 ini sebagai tahun integriti bagi Kementerian Pengangkutan.

Sudah memang sewajarnya integriti ini menjadi satu budaya dalam perkhidmatan awam di negara kita kerana ia merupakan elemen penting dalam usaha meningkatkan daya saing dan kemajuan untuk  sesebuah organisasi.

Bagi membuktikan komitmen Kementerian dalam usaha ini, satu dialog telah diadakan bersama YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YBhg Dato' Seri Mustafar Haji Ali, Timbalan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu-isu integriti dan tadbir urus yang baik.

Liow berharap kerjasama MOT bersama SPRM akan membuka dimensi baru dalam membentuk dan mengisi semangat budaya patriotism, nilai-nilai murni, etos dan integriti warga MOT, selaras dengan apa yang dimahukan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak  dalam Teras Strategik Pelan Transformasi MOT.

Liow mahu budaya integriti dan nilai-nilai murni ini diterapkan sepanjang masa dalam Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi dibawahnya.

Bagi merealsasikan impian itu beberapa program telah dirangka, antaranya ialah meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.

Kemeterian Pengangkutan juga akan menempatkan beberapa pegawai SPRM di Kementerian dan juga kesemua Agensinya di samping melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang menjadi tumpuan pengguna.

Bagi memudahkan lagi pengguna menyelesaikan urusan harian mereka, Kementerian mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer.

Bagi Pemuda Selempang Merah,  dialog kakitangan Kementerian bersama SPRM wajar diadakan secara berterusan bagi menjayakan tadbir urus yang lebih baik dan telus yang mana dapat menyumbang kepada pentadbiran negara yang lebih mampan agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment