Wednesday, March 15, 2017

"SALAM MUHIBBAH SPRM" PBT SELANGOR TIDUR LENA TAK SEMALAM ?



Ada pihak yang tak tahan dengan tindakan agresif SPRM dan mula mempersoal  kenapa kerajaan tak kawal SPRM yang bagaikan singa kelaparan mencari perasuah dan salahguna kuasa. 

Semalam lapan anggota polis termasuk dua berpangkat Inspektor, empat anggota Bomba dan Penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masing-masing direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan rumah urut di Selangor. 


SPRM  menahan kesemua suspek dalam satu operasi yang dijalankan serentak kira-kira pukul 9 pagi di tiga lokasi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.

suspek termasuk dua pegawai polis yang juga merupakan ketua balai tiba di mahkamah dengan menaiki kenderaan milik SPRM kira-kira pukul 10.05 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga dan kemeja-T.

Menurut sumber, kesemua suspek didapati menerima wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor.

Katanya, kegiatan rasuah itu dipercayai telah dilakukan sejak setahun lalu dengan menyasarkan pusat-pusat urut yang baru dibuka.

“Modus operandi mereka ialah menyasarkan pusat-pusat urut yang baru dibuka dengan memberi perlindungan supaya boleh beroperasi dengan bebas.

“Setiap agensi yang terlibat mempunyai peranan masing-masing seperti anggota polis bertanggungjawab untuk memaklumkan tentang operasi serbuan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Anggota bomba yang terlibat pula disyaki bertanggungjawab untuk memberikan lesen keselamatan premis manakala pegawai MPKj meluluskan lesen perniagaan,”



SPRM bertindak di seluruh negara tanpa mengira siapa pun mereka. Yang Selangor panas kenapa ? PBT tidur lena tak semalam  ?

No comments:

Post a Comment