Saturday, January 26, 2013

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN


Apakah yang dimaksudkan dengan
Ladang Rakyat?
• Ladang Rakyat adalah satu projek
yang diusahakan oleh Kerajaan PAS
Negeri Kelantan di bawah Perbadanan
Pembangunan Ladang Rakyat yang
ditubuhkan pada 26 Januari 2006.
• Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat
adalah diurus tadbir oleh Kerajaan PAS
Negeri Kelantan.
• Matlamatnya ialah untuk mengurangkan
kadar kemiskinan rakyat Kelantan melalui
sektor perladangan.


Siapakah yang layak menjadi peserta
Ladang Rakyat?
• Rakyat Kelantan yang berpendapatan isi
rumah kurang daripada RM530.00 sebulan
• Mempunyai bilangan ahli keluarga
yang besar
• Pemohon adalah terdiri daripada mereka
yang tidak menerima lain-lain bantuan
samada daripada Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri.


Bagaimanakah proses pemilihan calon
peserta?
• Pencalonan rakyat miskin dilakukan oleh
Penghulu lantikan Kerajaan Negeri dan
dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan

Negeri (PAS) / Penyelia Dewan Undangan
Negeri (PAS) bagi kawasan yang dimenangi
BN.


Apakah peserta Ladang Rakyat
menikmati faedah daripada program ini?
• Setakat Julai 2006, jumlah peserta Ladang
Rakyat adalah seramai 4,332 orang.
• Walaupun peserta diberikan dividen
berjumlah RM200 sebulan, mereka tidak
melepasi tahap miskin tegar kerana jumlah
besar terakhir masih diparas RM 730.
• Ini bermakna bahawa program Ladang
Rakyat tidak dapat melonjakkan pendapatan
peserta sekali gus gagal dalam mencapai
matlamat penubuhannya.


Adakah benar peserta tidak terlibat secara
langsung dalam mengusahakan tanah
tersebut ?
• Benar. Tanah-tanah kerajaan yang
diambil untuk tujuan Ladang Rakyat
adalah diusahakan oleh syarikat-syarikat
persendirian, bukan sebagaimana yang
dilakukan oleh FELDA di mana peserta
mengusahakan tanah mereka sendiri
dengan bantuan Kerajaan.


Adakah pengurusan tanah Ladang Rakyat
diperiksa oleh Audit Negara?
• Ya. Audit Negara pada tahun 2008 pernah
mempersoalkan mengapa Kerajaan Kelantan
hanya mendapat balik pulangan dari aspek
royalti dan premium tanah sahaja, manakala
pihak syarikat mengaut keuntungan yang
besar daripada program ini.
• Ini jelas menunjukkan bahawa program ini
menyimpang daripada matlamat asal.


Adakah benar dakwaan yang menyatakan
Ladang Rakyat ini digunakan untuk
kepentingan parti?
• Adalah didakwa sebanyak 39 syarikat di
bawah telah mendapat konsesi balak di Hulu
Kelantan seluas 47,927 hektar seperti berikut
yang bernilai dalam lingkungan RM 923 juta.
• Syarikat yang terlibat ialah :
1. Alan-Asra Agroutures Sdn. Bhd
(607 Hektar)
2. Alifya Forestry Sdn. Bhd. (404.6 Hektar)
3. Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd
(404.6 Hektar)

4. Binaan Budi Sawmill Sdn. Bhd
(404.6 Hektar)
5. Bahtera Resources Sdn. Bhd
(607 Hektar)
6. Bukti Liang Sdn. Bhd (607 hektar)
7. Cosmos Option Sdn. Bhd (404 hektar)
8. Desa Industry Sdn. Bhd (404.6 hektar)
9. Embun Ria Sdn. Bhd (607 hektar)
10. Euromawar Sdn .Bhd (600 hektar)
11. Excel Sdn. Bhd (404 Hektar)
12. Focal Technology Sdn. Bhd (500 hektar)
13. Gentie Country Sdn. Bhd (607 hektar)
14. ICM Food Ans Beverage (400 hektar)
15. Masco Engeneering and Contruction
Sdn. Bhd (607 hektar)
16. Indah Ehsan Holding Sdn. Bhd
(607 hektar)
17. Inxion Construction Sdn. Bhd
(607 hektar)
18. Jejaka Makmur Sdn. Bhd (328 hektar)
19. Kesan Progresif Sdn. Bhd (607 hektar)
20. Keysem Sdn. Bhd (404.6 hektar)
21. Khazanah Muara Sdn. Bhd (607 hektar)
22. Malaysia- Beijing Holding Sdn. Bhd
(404.6 hektar)
23. Narsco Holding Sdn. Bhd (607 hektar)
24. Nostalgia Makmur Sdn. Bhd
(607 hektar)
25. Orkid Bina Sdn. Bhd (404.6 hektar)
26. PKINK (809.3 hektar)
27. Pusat Pembangunan PONDOK Berhad
(445.15 hektar)
28. Rohbtar Sdn. Bhd (607 hektar)
29. Sindiyah Sdn. Bhd (607 hektar)
30. SKKPJ (Tanah Merah) Development
Sdn. Bhd (607 hektar)
31. Success Target Sdn. Bhd (202 hektar)
32. Sumber Wira Sdn. Bhd (202 hektar)
33. Telda Corporation Sdn. Bhd (486 hektar)
34. Timber Master Smallholder Sdn. Bhd
(404.7 hektar)
35. V.O.G.U.E Wood Sdn. Bhd (404.7 hektar)

36. Vitrex Timber Industri Sdn. Bhd
(404.7 hektar)
37. Yakin Kota Bharu (8,093 hektar)
38. Yayasan Islam Kelantan (YIK) (6,130 hektar)
39. Yunaland Dev Sdn. Bhd (600 hektar).


Berapakah jumlah keluasan tanah
Kerajaan yang diambil bagi tujuan
Ladang Rakyat?
• Jumlah keseluruhan sebanyak 63,422 ekar
tanah yang melibatkan kawasan seperti
berikut :
1. Ladang Rakyat Lubok Bongor, Jeli
(8,043 ekar)
2. Ladang Rakyat Kuala Balah, Jeli
(3,859 ekar)
3. Ladang Rakyat Kandek, Kuala Krai
(5,591 ekar)
4. Ladang Rakyat Renok, Gua Musang
(7,252 ekar)
5. Ladang Rakyat PosPasek, Gua Musang
(10,704 ekar)
6. Ladang Rakyat Limau Kasturi, Gua
Musang (3,271 ekar)
7. Ladang Rakyat Pos Pulat, Gua Musang
(3,818 ekar)
8. Ladang Rakyat Pos Dakoh, Gua Musang
(852 ekar)
9. Ladang Rakyat Pos Belatim, Gua
Musang (1,410 ekar)
10. Ladang Rakyat Tuel, Gua Musang
(4,978 ekar)
11. Ladang Rakyat Pos Dakoh dan Pos
Belatim, Gua Musang (7,000 ekar )
12. Ladang Rakyat Pos Humid, Gua Musang
(1,087 ekar)
13. Ladang Rakyat PosRelai, Gua Musang
(954 ekar)
14. Ladang Rakyat Sokor, Tanah Merah
(1,965 ekar)











No comments:

Post a Comment