Showing posts with label KERETAPI TANAH MELAYU. Show all posts
Showing posts with label KERETAPI TANAH MELAYU. Show all posts

Monday, May 9, 2016

KEMALANGAN KOMUTER -ETS : SPAD AKAN BUAT SIASATAN TERPERINCI


Insiden kemalangan yang berlaku antara KTM komuter dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS)  berlaku di km 322 berdekatan Stesen Kuala Kubu Baru jam 1.45 petang. Kemalangan ini menyebabkan tiga orang penumpang mengalami kecederaan ringan dan telah segera diberi rawatan.

Pasukan bomba yang menerima panggilan pada jam 1.50 petang mengenai kejadian tersebut serta merta mengerahkan pasukan bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu Bahru dan Puchong bergegas ke lokasi kejadian.

Kemalangan tersebut membabitkan Kereta api milik Keretapi Tanah Melayu dan ETS. Keretapi 13 gerabak itu dari Batterworh, Pulau Pinang  dikatakan dalam perjalanan meuju ke Pusat bandar manakala ETS 6 gerabak pula  pusat bandar ke Ipoh., Perak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) menganggap insiden kemlangan ini  serius dan akan mengambil  tindakan yang sewajarnya setelah siastan selesai.

Usaha untuk membuka semula landasan sedang giat dijalankan oleh KTMB. KTMB akan membuat pengumuman pembukaan semula setelah kerja-kerja membaik pulih siap. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihatkan merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-226;

Thursday, January 28, 2016

130 TAHUN SEJARAH PENUH RANJAU KTMB



Sudah lebih 130 tahun Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB menaburkan jasa dan bakti kepada rakyat Malaysia khususnya di Tanah Melayu. Sepanjang 130 tahun pelbagai dugaan, ujian dan ranjau telah ditempuhi dalam menghadapi pahit getir demi meneruskan memberi khidmat kepada tanahair.

Segala kejayaan KTMB hari ini tentu tidak pernah generasi hari ini  rasai kemanisannya kerana celik sahaja mata mereka didunia ini terus mengenali LRT, Komuter, monorel dan sebagainya. Mereka tidak pernah menyelusuri sejarah penbangunan KTMB.

Dahulunya KTMB dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu.  Kini setelah menerima konsep pengkorporatan ketika dibawah pentadbiran pada 1992 ia lebih dikenali dengan KTMB.

Pada zaman pejajah dahulu mereka telah menemui bijih timah, oleh itu mereka mula memperkenalkan perkhidmatan keretapi untuk mengangkut bijih timah. Dari situlah timbulnya stesen-stesen sebagai pusat persinggahan dan tempat memungahkan barang-barang.

Ada beberapa pendapat dan kajian bahawa perkhidmatan keretapi dinegara ini bermula pada bulan Februari 1885 di negeri Perak, atau lebih tepat bermula di Taiping ke Port Weld. Kemudian perkhidmatan ini mula merebak ke Utara hingga ke Selatan, Gemas dan Tumpat di Kelantan.

Perkhidmatan Keretapi di Malaysia boleh di bahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah bermula dari tahun 1885 hingga 1896. Ketika itu perkhidmatannya cuma dalam jarak dekat sahaja. Digunakan oleh Britsh untuk mangangkut bijih timah.

Peringkat kedua bermula tahun 1897 hingga 1909, ketika ini landasan-landasan baru mula dibina dari utara dan selatan semenanjung. Dan peringkat ke tiga bermula dari tahun 1910 hingga 1931. Ketika ini keretapi sudah mula digunakan untuk menghubungkan dari kawasan-kawasan di seluruh semenanjung.

Sepanjang 130 tahun KTMB telah mengalami pelbagai perubahan, siapa sangka dari permulaan sebagai pengangkut bijih tmah untuk penjajah kini KTMB telah menjadi satu pengangkutan penting awam sehingga kini.

Di Kelantan, selain bas, kereta dan feri, KTMB adalah pengangkutan yang menjadi pilihan utama rakyatnya.

Bermula di Taiping ke Port Weld atau kini dikenali sebagai Kuala Sepetang, KTMB kini telah memiliki 120 stesen antara setiap bandar. Malah perkhidmatan Komuter dan keretapi yang membawa barang dan  Kargo juga setiap hari melaluinya.

Malahan kini ETS, tren yang lebih canggih dan laju juga telah diperkenalkan sejak tujuh tahun yang lalu. Perjalanan Tren ETS hanya mengambil masa dua jam dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Kini tren ETS diperluaskan lagi perkhidmatannya ke utara semenanjung.

Sejarah panjang KTMB tidak mampu dimuatkan dalam ruang yang sedikit ini. Namun jasanya tetap harum mewangi sepajang zaman. Satu-satunya nama Melayu yang masih tertinggal di dalam perkhidmatan awam.