Thursday, April 28, 2016

PERKHIDMATAN REL MENJADI PILIHAN RAMAI




Pagi semalam saya mengunakan perkhidmatan tren KTM Komuter dari Batu Caves, Gombak ke Padang Jawa, Klang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih agak tenang dan selesa kerana tidak pada waktu puncak. Tren KTM Komuter sentiasa memberi maklumat dalam setiap perjalanan menjadikan kita lebih peka terhadap persekitaran. 

Saya cuba merasai apa yang diperkatakan oleh  akhbar arus perdana bahawa indek kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam cukup memuaskan. Jadi saya turun ke arena dan merasai apa yang mereka katakan itu.

 Memang ada kebenarannya jika kita bandingkan indek kepuasan ini sejak 5 tahun yang lalu. Mengikut Laporan Tahunan Program Transformasi Nengara (NTP) 2015, tinjauan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2015 menunjukkan penumpang paling berpuashati dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) KTM Komuter dan Express Rail Link (ERL). Ia amat berkait rapat dan signifikan dengan indeks kepuasan daripada 48 peratus pada 2010 kepada 74 peratus pada 2015. 

Laporan itu menunjukkan orang ramai lebih gemar mengunakan perkhidmatan rel kerana perkhidmatan rel lebih cekap, berpatutan, selamat dan menjimatkan masa. Perkhidmatan rel juga sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Ini merupakan antara faktor yang menyebabkan orang ramai lebih berminat dengan perkhidmatan rel dari mengunakan kenderaan sendiri.

Berbanding perkhidmatan awam yang lain seperti teksi dan bas, perkhidmatan rel hari ini adalah satu perkhidmatan alternatif yang murah dan lebih selamat. Dengan menyediakan kemudahan sistem pertukaran dan sambungan yang mudah antara perkhidmatan rel yang lain dengan mengunakan sistem tiket yang standard. Ia cukup menyenangkan dan memudahkan orang ramai mengunakan perkhidmatan rel. 

Cara ini cukup menjimatkan masa, sangat cekap dan berkesan. Sistem ini membolehkan orang ramai bergerak dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan lain dengan mengunakan tiket yang sama. Mereka boleh bergerak dari ERL ke LRT dan Monorel tanpa membeli menukar tiket berkali-kali. 

Setiap tahun tinjauan kepuasan pelanggan terhadap pengangkutan awam bagi mendapat maklum balas orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam. Semua ini bertujuan meningkatkan kecekapan terutama bahagian mod pengangkutan awam dalam kawasan Greater Kuala Lumpur, Klang Valley(GKL/KV) kepada 40 peratus menjelang 2030. 

Orang ramai perlukan jaringan pengangkutan awam yang bersepadu, selesa, senang dihubungi serta mudah  dan murah. 

Kita telah lihat sepanjang 2015, NKRA UPT menunjukkan penambahan kapasiti yang sangat diperlukan dalam perkhidmatan yang sedia ada, disamping meneruskan pembinaan projek infrastruktur rel bersla besar.

Kemudahan rakyat akan ditambah apabila Projek Jajaran LRT (LEP) penuh akan dimulakan pada pertengahan tahun ini, manakala projek MRT Lembah Klang yang pertama dikatakan akan bermula menjelang akhir tahun 2016 atau aal 2017. 

Apabila Fasa pertama MRT Lembah Klang laluan Sungai Buloh-Kajang  ianya dapat mengurangkan kesesakan trafik kawasan tersebut. Pengangkutan awam akan mudah, selesa dan lebih lancar. Orang ramai akan merasai perkhidmatan yang lebih moden, laju dan selesa. Perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang hanya mengambil masa 88 minit.  




























No comments:

Post a Comment