Saturday, May 28, 2016

KTMB LAKSANA PROJEK NAIK TARAF KVDT



Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  akan menjalankan projek menaik taraf infrastruktur bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) secara berperingkat bermula 27 Mei 2016. 

Oleh itu akan ada sedikit perubahan jadual perjalanan, meliputi perkhidmatan berberapa pekhidmatan antaranya Tren Elektrik,(kawasan Lembah Klang) , Komuter dan KTM Kargo yang beroperasi dilaluan berkenaan. Dijangkakan perubahan dan gangguan perjalanan dan jadual ini akan berlarutan sehingga projek ini siap sepenuhnya pada November 2019.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berharap KTM memastikan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan,". Turut hadir ialah Presiden KTM Berhad, Lt Kol (B).Datuk Sarbini Tijan serta pegawai-pegawai SPAD dan KTM.

Menurut Sarbini, KTMB sebolehnya tidak mahu masalah-masalah seperti kelewatan, kegelinciran dan pembatalan perkhidmatan secara tiba-tiba yang mengganggu urusan pengguna seharian. Oleh itu kerja-kerja menaik taraf ini perlu  segera dilaksanakan sebagai langkah untuk memastikan kesemua perkhidmatan rel dapat bergerak dengan lancar dan tidak akan lagi berhadapan dengan masalah.  KTMB mahu kualiti perkhidmatan tren KTM Komuter dipertingkatkan demi keselesaan penggguna dimasa depan. 

Kerja-kerja membaik pulih landasan ini meliputi  jarak 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu. Selain itu, projek ini akan menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan ini. Ianya akan  beropersi  secara berperingkat bermula pada awal suku ketiga 2016, dan dijangka siap pada 2019.


Walaupun permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) telah diluluskan, namun KTMB  memberi jaminan terhadap keselamatan pengguna dan memastikan bahawa perkhidmatan tidak akan tergendala. KTM amat menitik beratkan dan mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. 












No comments:

Post a Comment