Wednesday, September 13, 2017

"PENAHANAN HARAM" GUAN ENG BIADAP , ANGKUH



Pemuda UMNO negeri hari ini membuat laporan polis bagi menggesa tindakan tegas diambil ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang menyifatkan penahanan Exco Kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai 'penahanan haram'.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan Guan Eng itu bersifat tuduhan jahat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali gus tindakan undang-undang perlu diambil segera.


"Dengan laporan yang dibuat ini, kita harap tindakan segera diambil bagi menjaga kredibiliti dan imej SPRM.

"Peluang memohon maaf telah diberikan kepada Guan Eng tetapi diabaikan beliau, jadi kita tidak mahu isu ini diam begitu sahaja," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya pada 24 Ogos lalu membuat kenyataan tersebut sebelum SPRM memintanya memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam.

Bagaimanapun, Guan Eng tetap mengambil pendekatan membisu sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment