Wednesday, September 20, 2017

HSR KUALA LUMPUR - SINGAPURA BERI PULANGAN BESAR



Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura mampu memberi sumbangan besar kepada negara dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bukan itu sahaja HSR dijangka akan  menwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan menjelang 2060. Ia dikatakan mampu menjana lebih 100 ribu peluang pekerjaan disamping dapat menyumbang kepada peningkatan KDNK negara sebanyak RM21 bilion.

Apabila siap HSR Kuala Lumpur - Singapura ni ianya bakal memacu pertumbuhan, pembangunan dikawasan sekitar serta dapat membantu membangunkan bandar-bandar kecil di sekitarnya. Tentu kawasan dan bandar-bandar tersebut akan lebih mudah diakses oleh pelancong seterusnya memberi pulangan ekonomi kepada pendudduk setempat. Bahkan ia juga bakal membawa pelabur dan membuka ruang pekerjaan.

Menurut Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah, HSR bakal memberi manfaat kepada sosio-ekonomi yang penting kepada Malaysia dan juga Singapura. 
Dengan ada HSR permintaan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura yang semakin meningkat dapat diatasi. Sebelum ini banyak permintaan untuk perjalanan ke Singapura yang menggunakan perkhidmatan bas dan kapal terbang. Ini dapat dilihat daripada jumlah peningkatan kedua-dua perkhidmatan tersebut merentasi ke negara seberang. Sudah tentulah dengan adanya perkhidmatan kereta api ini akan memberi mereka pilihan yang lebih menjimatkan masa dan wang. 


Projek HSR itu dijangka bukan hanya mengubah landskap pengangkutan tetapi turut mewujudkan manfaat ekonomi dan sosial dalam jangka masa panjang kepada Malaysia.

"Kami menjangka HSR akan meningkatkan jumlah pelancong dengan ketara di kedua-dua negara, dan di bawah konsep pembangunan berorientasikan transit, mewujudkan aktiviti ekonomi di sepanjang laluannya, termasuk dan tidak terhad kepada aktiviti perniagaan di kawasan sekitar stesen

Namun begitu beberapa isu yang tidak kurang pentingnya perlu terlebih dahulu diselesaikan. antaranya pengembangan rangkaian, peningkatan kapasiti, pilihan pembiayaan, komunikasi dan keselamatan. Semua ini perlu diberi keutamaan sebelum kereta api berkelajuan tinggi ini dapat direalisasikan di negara kita. 




 Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA), SPAD akan memastikan keselamatan terus menjadi pertimbangan utama dalam reka bentuk dan operasi HSR.

 Mohd Azharuddin berkata susulan kejayaan taklimat industri pertama yang diadakan di Singapura pada 5 Julai tahun ini, MyHSR Corp Sdn Bhd dan LTA akan menjalankan taklimat kedua sebagai persediaan bagi tender HSR.

"Taklimat kedua, yang dijadualkan pada 26 Sept, 2017, akan menyediakan maklumat terperinci mengenai aspek teknikal, komersial dan tadbir urus projek mengenai projek tersebut dan turut menjadi platform untuk berkongsi ciri-ciri utama projek itu dengan industri dan peserta yang berminat.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian dua hala bagi projek Rapid Transit System yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands pada Disember ini.

Projek kereta api rentas sempadan ini penting berikutan ia memberi kelegaan kepada pengguna disebabkan tambak Johor yang sentiasa sesak, antara pusat pemeriksaan paling sibuk di dunia yang memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia dan Singapura, tetapi juga ramai warga asing," katanya.

Sidang kemuncak selama dua hari itu, bermula hari ini, membincangkan mengenai cabaran dan peluang dalam pembinaan kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi di Asia berdasarkan kejayaan negara lain. 

No comments:

Post a Comment