Wednesday, September 20, 2017

PEMANDU GRAB CAR DI DAKWA



Pemandu Grab Car yang dituduh mencederakan penumpang hari ini tidak mengaku bersalah di atas tiga pertuduhan yang dikenakan keatasnya. Inilah yang menjadi kebimbangan rakyat terhadap keselamatan penumpang grab car. Bagi negara kita penggunaan perkhidmatan Grab car ini masih lagi baru. Masih  banyak kelemahan perlu diperbaiki dan perlu juga ada akta yang boleh memastikan keselamatan penumpang. 

Tertuduh, Muhammd Izuwan Kamaruddin 38, di dakwa menggunakan kekerasan jenayah yang mendatangkan kecederaan dan melakukan  ugutan jenayah. Mangsa yang berumur 18 tentulah berada trauma. Hal sebegini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Pada pendapat penulis, walau  dalam keadaan macam mana pun pemandu kenderaan perkhidmatan awam tidak boleh sesekali mencederakan penumpang apatah lagi dia  seorang perempuan yang lemah. Perbuatan seperti ini perlu diberi hukuman yang setimpal agar menjadi tauladan kepada pemandu lain. Kes ini  didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Krseksaan (KK), Seksyen 323 KK dan Seksyen 506 KK. 

Penulis menyokong sangat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempercepatkan lagi pengaktifan aplikasi butang kecemasan yang berfungsi menghubungkan penumpang dengan Polis secara terus. 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri pada Jun lepas menegaskan mahukan pelaksanaan butang panik atau butang kecemasan (SOS) diselaras kepada operasi e-hailing di seluruh negara termasuklah di Sabah.

Butang keselamatan ini amat penting kerana ia terus berhubung dengan SPAD. Dengan adanya butang ini keselamatan penumpang lebih terjamin. Bukan itu sahaja, keselamatan pemandu Grab Car juga terpelihara andai mereka di ancam oleh penumpang atau perompak. 

Walaupun rang undang-undang belum diluluskan, butang kecemasan ini perlu dilaksanakan segera demi menjaga keselamatan penumpang dan juga pengendali Grab Car. Kita tidak mahu kes yang sama berulang lagi. Ianya akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak serius dalam  mengatasi masalah ini. 

No comments:

Post a Comment