Monday, April 11, 2016

RAYANI AIR TIDAK BOLEH BUAT TINDAKAN SENDIRI



Dua surat amaran  diberikan kepada syarikat penerbangan Rayani Air telah memaksa mereka mengantungkan serta merta operasinya berkuatkuasa semalam. Pemiliknya A Ravi turut mengesahkan bahawa antara sebab pengantungan tersebut adalah kerana mogok yang dilancarkan oleh juruterbangnya.

Rayani Air dikatakan gagal menguruskan operasi dan perkhidmatannya kepada penumpang. Berikutan kegagalan ini, Kementerian 
Pengangkutan menerusi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dikatakan akan mengeluarkan surat pengantungan sementara kepada syarikat Rayani Air esok.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah penggantungan tersebut dilakukan berdasarkan Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.

Beliau amat kecewa dengan syarikat Rayani Air kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat walaupun telah banyak peluang telah diberikan untuk syarikat tersebut membuat tindakan. 

Oleh itu DCA akan melaksanakan audit yang menyeluruh terhadap pentadbiran Rayani Air termasuk juga dibahagian keselamatan dengan segera bagi menentukan samada Rayani Air ini boleh meneruskan operasi atau tidak. 

Menurut Tiong Lai, kementeriannya amat peka dan mengambil berat terhadap kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai terhadap pembatalan penerbangan dan kelewatan penerbangan. Semua ini telah menyusahkan rakyat dan ia merupakan pekara yang amat serius dan perlu ditangani segera oleh Rayani Air jika ingin terus beroperasi. 

Kementerian melalui DCA tidak teragak-agak akan menarik semula lesen operasi penerbangan syarikat tersebut jika didapati Rayani Air gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh DCA. 

Beliau juga mengulas, Rayani Air tidak boleh mengantung operasinya sendiri kerana semua operasi penerbangan adalah tertakluk kepada DCA. Hanya kerajaan sahaja yang boleh mengantung operasi syarikat tersebut.

Tindakan Rayani Air ini menunjukkan ketidakperhatinan dan kematangan mereka dalam menguruskan sebuah syarikat penerbangan. Mereka telah banyak menyusahkan orang ramai pelanggan mereka sendiri. Ia tidak sepatutnya berlaku jika mereka lebih bersikap bertanggungjawab. 

No comments:

Post a Comment