Monday, September 15, 2014

ULAMA DI SERANG DUBUK PAKATAN KETUM



Beberapa tahun yang lepas aku menjangkakan Ustaz Harun Din bakal di serang oleh para munafiqun dalam PAS dan PKR yang didalangi oleh DAP . Ini bukanlah ramalan aku tentang masa depan....aku tidak ada keupayaan sebegitu. Jangkaan aku berdasarkan perbezaan yang ketara, pertentangan dua pendapat yang sangat jauh, sangat serius .... iaitu isu" Kalimah Allah". Kenyataan Ustaz Harun Din dengan KETUM PKR amat bercanggah. Ibarat Air dan Minyak...memang tidak boleh disatukan. Dari Kenyataan inilah bermulanya bibit perseteruan yang dihiasi oleh opera Tahalus siasi yang sering memakan diri.

Hari ini Ustaz Harun Din Al-Hafiz di serang bertalu-talu oleh pecinta Kebebasan yang tiada batasan. Dituduh sebagai arkitek yang membina jambatan antara PAS dan UMNO, di tuduh kolot , di caci dan dihina sewenang-wenangnya. Mereka kini amat membencinya.
Keghairah mereka untuk menguasai negara ini tidak dapat dibendung lagi. Nafsu bergelodak membuak-buak melihat jongkong emas di depan mata. Hanya sejengkal lagi yang memisahkan mereka dengan kejayaan. Iaitu dengan menobatkan Sang Ratu sebagai boneka untuk mencapai cita-cita hanyir mereka.
Lakonan bersahaja si Kembar Abdullah bin Saba pengasas Syiah begitu mengkagumkan sehingga berjaya mendapat pengikitrafan Khalifah di sebuah Pulau. Kini dia dicanang-canang untuk dinobatkan sebagai Tuan Presiden yang baru.
Seribu Dosa ditimpakan kepada Tuan Guru Haji Hadi demi untuk mencapai cita-cita buas mereka. Bahkan "Amanat Tuan Presiden" yang mereka pertahankan dahulu, kini dihukum sebagai pemecah belah umat. Pendek kata segalanya sudah menjadi dosa.
Tuan Guru tidak perlu malu lagi ...tidak perlu malu lagi untuk meminta pertolongan kepada "orang-orang yang beriman" demi untuk menyelamatkan bahtera PAS. Orang-orang yang beriman sudah lama menghulurkan tangan untuk bersatu padu atas nama Islam. Syukurlah Tuan Guru ada sahabat sebaik dan setia seperti Ustaz Harun Din. Jambatan ukhwah yang di bina mampu menyelamatkan bahtera PAS. Semuanya di tangan Tuan Guru.... bersediakah ...???