Sunday, July 28, 2013

JANGAN MENDAHULUI ALLAH

Kadangkala amat menakutkan apabila kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut: "Dosa~dosa si polan tidak akan diampuni Tuhan."Ringan sungguh lidah kita menuturkannya, tapi amat berat sekali kesalahannya disisi Allah. 

Sejak bila pula kita dilantik menjadi wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau melaknat di kalangan hamba~hambaNya. 


Kita menolak manusia yang ingin kembali ke dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengistiharkan keluasan RahmatNya untuk semua. Marilah kita berkempen untuk manusia mendapat rahmat keampunan Allah ini. 


Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi untuk semua muda~mudi di jalanan, artis , pemimpin politik dan seterusnya seluruh umat Islam. 


Usahlah menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan Roh masih di jasadnya dan hukuman Allah pun kita sendiri pun belum tahu.


Jangan lebih sudu dari kuah. JANGAN MELEBIHI TUHAN.

No comments:

Post a Comment