Sunday, December 7, 2014

KEMBALI KEPADA ALLAH

Sambil membelek-belek kitab lama terjumpa satu Hadis Qudsi yang saya rasa boleh dikongsikan kepada sahabat untuk dijadikan panduan, iktibar dan untuk kita fikirka n bersama.

Firman Allah maksudnya; AKU adalah ALLAH yang tiada lagi Tuhan selain AKU. AKU adalah Pemilik segala-galanya dan RAJA bagi segala raja. Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah dalam tangan (kekuasaan) Aku. Sesungguhnya apabila hati segala rakyat taat kepada Aku, maka ketika itu Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin negara menjadi lemah-lembut dan mencurah rasa kasih sayang kepada mereka. Tetapi apabila hati rakyat mula berpaling daripada Aku (tidak taat dan derhaka) maka Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka. Mereka ditimpa siksaan yang amat berat. Oleh itu, janganlah (rakyat) cuba untuk menentang raja-raja dan para pemimpin mereka. Sebaliknya, apabila mereka melihat raja dan pemimpin mereka zalim, maka hendaklah mereka perbanyakkan berzikir dan mengingati Aku dan terus menerus mentaati perintah Aku. Maka (ketika itu) urusan menangani sikap raja dan pemimpin mereka adalah di tangan Aku. - (Riwayat At Tabrani dan Abu Darda').

Mohon dapat kiranya sahabat-sahabat dari group ini dapat memberi kupasan tentang Hadis Qudsi ini dengan cara yang lebih matang dan profesional bergantung kepada keintelektualan masing-masing.