Thursday, December 4, 2014

MAAFKAN SAYA KERANA TIDAK MEMBUNUHNYA DAHULU...!!!

MAAFKAN SAYA KERANA TIDAK MEMBUNUHNYA DAHULU...!!!

Siapa yang tidak mengenali Ariel Sharon atau nama sebenarnya Ariel Scheinermann, lahir pada 27 februari 1928 di Kfar Malal Palestin.

Pembunuh kejam Sabra dan Shatila ini amat membenci Arwah Presiden Palestin Yassir Arafat. Ketika ditemu bual oleh stesen televisyen BBC pada 3 Januari 2002, Sharon dengan bongkaknya berkata dia amat menyesal kerana tidak membunuh Arafat 20 tahun lalu, sewaktu tentera Israel menyerang PLO di Labanon pada 1982. Malah Sharon Berkata "Maafkan saya kerana tidak membunuhnya dahulu."

Apabila Sharon menjadi Perdana Menteri, serangan terhadap Palestin diperhebatkan sehingga kematian dikalangan orang awam terus meningkat.

Pada 14 disember 2001, Sharon "memenjarakan" Arafat di dalam pejabatnya di Ramalah kerana didakwa mengalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.

Kata sahabat baik Sharon .....
"i support all effort to protect the security of israel" DSK.