Wednesday, December 31, 2014

MALAYAN UNION 6 - Sultan Kedah yang tegas dan berani.

.

MacMichael pergi ke Istana Anak Bukit di Alor Setar di mana Sultan Badlishah sedang menunggunya. Pada pandangan MacMichael, Sultan seorang yang berbadan kecil dan rendah sedikit pun tidak menampkkan sifat semulajadi yang patut dihormati, itulah tafsiran pertama bangsa kulit ini kepada Sultan Kedah. MacMichael bagaimana pun mendapati baginda seorang yang waras, jujur, berbudi bahasa, mesra dan mempunyai keyakinan yang tinggi.

Tunku Badlishah amat menyedari dan sedar bahawa jika baginda tidak menandatanganinya, British akan menabalkan orang lain yang lebih mudah dipengaruhi. Saya diberikan hak budi bicara oleh Kedah, terang MacMichael tentang misinya kepada Sultan Kedah.

Tunku Badlishah membaca salinan perjanjian baru itu beserta catatan penjelasan yang diberikan kepadanya dengan teliti dan tanpa sebarang ulasan.

MacMichael menyatakan harapannya agar tiada apa-apa yang tidak menyenangkan baginda dalam perjanjian itu, Tunku Badlishah menjawab bahawa perjanjian itu "AMAT MENGHANCURKAN PERASAAN".

Pekara yang paling membimbangkan baginda dan sering disebut dalam perbincangan adalah penyerahan kuasa oleh Raja-raja Melayu. Baginda dimaklumkan bahawa raja-raja boleh memberi nasihat kepada pesuruhjaya residen dan gabenor (begitu juga sebaliknya), dalam masa yang sama kedua-dua pihak tidak perlu perdulikan nasihat itu.

Ini adalah rujukan kepada peranan Penasihat British yang mana nasihatnya tidak boleh ditolak sedangkan arahan raja-raja boleh diketepikan tanpa sebarang tindakbalas. MacMichael menambah, ini tidak lebih daripada pengiktirafan rasmi terhadap keadaan sedia ada. Menurutnya, sebelum perang Kerajaan British melaksanakan kuasa yang sebenar dan adalah tidak bijak menafikannya.

Katanya di bawah pentadbiran British semua sultan tertakluk untuk menerima nasihat residen atau Penasihat British.

Baginda membantah hujah bahawa Raja-raja Melayu sejak dahulu lagi tertakluk untuk menerima nasihat Residen. Di bawah perjanjian lama Raja-raja Melayu berhak membuat rayuan kepada pesuruhjaya tinggi atau setiausaha negeri.

MacMichaael beras tidak senang hati, beliau membuat ancaman halus dengan berkata, mujurlah Kerajaan British tidak membuat kesimpulan bahawa kesultanan Melayu sudah ketinggalan zaman dan tidak selari dengan konsep Kerajaan Demokratik morden. MacMichael menekankan jika dasar ini diubahsuai pun, ia tidak akan memihak kepada raja-raja.

Walaupun nada suara MacMichael mengandungi unsur ancaman dan beliau terus merujuk baginda sebagai REGENT, Sultan Kedah tidak dengan mudah merelakan dirinya untuk menyerahkan kuasa kepada British. Baginda terus berhujah mengenai status bebas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, khususnya Kedah. Perjanjian itu akan sekali lagi menurunkan taraf Tanah Melayu sebagai tanah jajahan, tegas baginda.

bersambung.......