Sunday, May 14, 2017

AHLI UMNO BERSEMANGAT DAN BERMENTALITI UNTUK MENANG





Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 71 baru-baru ini merupakan sambutan yang paling besar pernah diadakan oleh parti tersebut. Perhimpunan ini di rasmikan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Perhimpunan raksasa ini begitu mengerun pihak pembangkang, lalu mereka menimbulkan pelbagai spekulasi bagi menipu rakyat kononnya semua yang datang itu semua telah dibayar dan dipaksa datang. 

Namun bagi Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa kehadiran lebih 150,000 ahli UMNO pada sambutan itu menunjukkan keikhlasan ahli UMNO dalam menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan YAB Presiden dan ianya jelas menunjukkan mereka telah bersiapsiaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 bila-bila masa sahaja.

Beliau berharap menerusi perhimpunan ini, jentera parti lebih bersemangat. Adalah amat penting ahli-ahli UMNO mempunyai semangat dan mentaliti untuk menang dalam pilihanraya umum ini nanti, ujarnya.

Beliau yakin dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli UMNO, parti Barisan Nasional akan memberi keputusan yang luar biasa pada PRU 14 akan datang. 

Jika kita imbas kembali rentetan perhimpunan yang dibuat oleh pembangkang, rata-ratanya menunjukkan ianya semakin kurang mendapat sambutan. Kurangnya sokongan kepada mereka berlaku mendadak sehingga mereka risau untuk membuat perhimpunan seperti UMNO buat hari ini. 

Itu satu "signal" daripada rakyat kepada pakatan DAP bahawa mereka kini semakin ditolak. Perjuangan cauvinis mereka tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa mahu hidup bersatu padu dan aman damai. 

Malaysia bukanlah tempat untuk menyemai benih-benih kebencian antara satu sama lain. Walaupun DAP mendabik dada kononnya mereka parti berbilang bangsa dan agama namun jelas sekali DAP hanya dipimpin oleh segolongan kaum dan keluarga sahaja. Antaranya adalah keluarga Lim dan keluarga Karpal Singh. 


Kini anak-beranak mereka mengambil alih jawatan-jawatan penting dalam DAP. Apa lagi sandiwara yang nak dipertontonkan kepada rakyat kononnya mereka parti yang memperjuangankan nasib rakyat ? Semuanya dusta belaka. Sehingga kini ROS belum lagi mengesahkan pemilihan CEC DAP. Lim Guan Eng masih lagi tidak sah sebagai Setiausaha Agung DAP.

Semua lakonan mereka terlondeh satu persatu sehinggakan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan Lim Guan Eng dalam DAP. Apatah lagi ditabah dengan skandal diskaun rumah yang dimilikinya, menambah buruk lagi pandangan rakyat terhadap DAP.

No comments:

Post a Comment