Thursday, May 25, 2017

MCA GEGAR DAP - CAKAP TAK SERUPA BIKIN




Sekali lagi kepala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di "ketuk"bertalu-talu oleh MCA kerana cakap tak serupa bikin, cakap berbelit-belit serupa ular. Ini kerana Guan Eng kononnya Ketua Menteri yang begitu telus dalam setiap projek kerajaan tetapi melakukan sebaliknya pula.Kenapa Ketua Menteri tidak mengadakan sistem tender terbuka berkenaan penjualan sebidang tanah kerajaan di sebuah hospital swasta di lebuh raya Peel Avenue ? Kenapa ?

Inilah manusia yang pandai cakap berdegar-degar dihadapan rakyat kononnya  kerajaan pimpinannya amanah dan telus dalam setiap projek rakyat. Semua cakap macam tin kosong. 

Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, DAP lebih banyak bermuka-muka sahaja dihadapan rakyat. Sedangkan merekalah buaya dan dinasour yang gila meratah hak rakyat.

Dr Tan Chuan Hong, Setiausaha Penganjur MCA mempertikai tindakan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang mengapa tidak mengadakan tender terbuka di tanah seluas 6.4 ekar di Peel Avenue jika ianya dianggap sebagai pelaburan asing.

Tindakan kerajaan negeri sekarang boleh dianggap sebagai mengeksploitasi hak rakyat, dimana janji-janji indah kerajaan Pulau Pinang yang kononnya hendak melaksanakan CAT (Cekap-Akauntabiliti-Telus) ? Ini semua cakap orang poyo saja.

Dr Tan mendakwa ada sesuatu yang meragukan dalam perjanjian pelaburan RM2 billion, Tan membandingkan harga tanah PeeL Avenue  Peel Avenue dengan harga tanah di kawasan berhampiran seperti Gurney Drive, yang bernilai RM1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM1,000 setiap kaki persegi.


"Cara Kerajaan negeri menjual plot di Peel Avenue dengan hanya RM560 sekaki persegi. menunjukkan ada sesuatu yang mencurigakan, kemungkinan berlakunya perjanjian bawah meja adalah amat besar.

Guan Eng cuba mempertahankan perjanjian dengan menyatakan kononnya  tender terbuka tidak perlu kerana projek Hospital Island merupakan pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri bernilai tinggi.

Guan Eng juga mendakwa pelaburan itu akan membawa pulangan RM7 bilion, di samping menyediakan 3,000 peluang pekerjaan di Pulau Pinang serta menjadikan negeri ini sebuah bandar perubatan antarabangsa yang berpotensi tinggi untuk pelancongan perubatan di rantau ini.

Tak kisahlah apa pun dakwaan Guan Eng, yang jelas Kerajaan Negeri dibawah DAP telah melanggar apa yang mereka dakwakan dahulu sebagai tidak telus.


Jika Guan Eng masih ingat lagi, dia pada Tahun 2012 sebelum PRU pernah mengatakan bahawa semua tender kerajaan harus diberi secara "Open Tender"nampun tengoklah sendiri apabila sudah berkuasa, semuanya menjadi terbalik. 

Projek pembangunan Pulau Pinang sebelum ini pun melibatkan pelaburan asing, kenapa projek sebelum ini boleh saja buat "tender Terbuka" ? Apakah projek ini istimewa sangat ?

Jika rakyat masih ingat Rafizi  juga pernah menyerang mantan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim  kerana tidak melalui proses "Tender Terbuka" dalam projek KIDEX, namun hari ni Rafizi kembali menjadi bisu apabila Guan Eng berbuat demikian. 

Jelas sekali Pakatan Harapan hanya sebuah pakatan yang haprak, menipu rakyat demi kelangsungan kuasa politik mereka dan wang.