Monday, May 22, 2017

DAP TUNJUK KUASA DI SELANGOR



Pendirian DAP sentiasa berubah-ubah dan amat jelas sekali bersikap hipokrit, tidak bermoral dan tidak bermaruah dalam pelbagai isu termasuk ketika mengulas mengenai kedudukan Exco di Selangor.


Penganalisis Politik, Raja Petra Kamarudin berkata, parti itu telah memberikan pandangan berbeza berhubung dua situasi yang hampir sama berlaku pada tahun 2014 dengan nasib kedudukan tiga exco Pas di nege­ri itu ketika ini.

Katanya, pada tahun tersebut, DAP pernah menempelak Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa tidak ada kuasa untuk memecat Exco daripada DAP dan PKR ketika Abdul Khalid menghadapi krisis kepimpinan selepas PKR memecatnya sebagai ahli parti itu ekoran keengganannya mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya.


“Namun berbeza pada hari ini, DAP menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memecat tiga Exco Pas kerana tidak layak berada dalam kerajaan negeri selepas Pas memutuskan hubungan dengan PKR.

“Bandingkan sendiri apa yang DAP perkatakan pada tahun 2014 dengan isu yang berlaku sekarang. Ternyata DAP hipokrit dan setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka penuh dengan penipuan,” katanya dalam blog beliau, malaysia-today.net, hari ini.

Isu yang hampir sama berlaku pada 12 Ogos 2014 apabila DAP dan PKR enggan menerima pemecatan lima Exco daripada dua parti itu dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Abdul Khalid tidak beretika selain tidak menghormati prinsip demokrasi serta mengetepikan mandat rakyat.

Lima Exco terbabit turut mengkritik keputusan itu dan mendakwa tindakan tersebut menyalahi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menem­pelak Abdul Khalid kerana tidak meminta perkenan Sultan Selangor sebelum memecat mereka.

Bagaimanapun, timbul keraguan terhadap sikap DAP ketika ini apabila mereka bersetuju jika tiga Exco daripada Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Datuk Dr. Yunus Hairi serta Zaidy Abdul Talib meletak jawatan ekoran Majlis Syura Ulama Pas mengambil ketetapan memutuskan hubungan dengan PKR selepas menyifatkan PKR mengkhianati tahaluf siyasi yang dibentuk sejak 2008.