Sunday, April 7, 2013

LGBT PATUT DI BERI KEBEBASAN


Topik sokong atau tidak Seksualiti Merdeka merupakan topik yang tidak gemar disentuh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa ?
“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.
“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” katanya kepadapemberita di lobi Parlimen 8 November.
Ketika menjawab persoalan itu, Ketua Umum PKR itu memilih pendekatan mengalih dari isu utama, menjawab kepada isu sampingan yang merupakan teknik biasa dilakukannya jika beliau tidak selesa dengan sesuatu persoalan tersebut.
Itupun Anwar bersedia memberi respon setelah hampir seminggu topik Seksualiti Merdeka mula diperkatakan di negara ini.
Jawapan Anwar seperti dirakamkan Malaysiakini tidak begitu tegas, bercelaru dan samar-samar. Satu sisi, nampak seperti tidak menyokong ketika bercakap dalam Bahasa Melayu (dengan ayat yang tergantung) dan satu sisi lain, nampak seperti menyokong (dengan nada yang lebih tegas) ketika bercakap dalam Bahasa Inggeris.
“Kenapa ‘serang’ (Seksualiti Merdeka) selepas Ambiga (mahu rasmikan)..(Jika) kita pilih untuk pertahankan (Seksualiti Merdeka)..mereka kata..Ahh..Lihat Anwar bersama mereka (Seksualiti Merdeka).
“Saya bukan mahu mendesak supaya mereka mengambil tindakan terhadap Marina..awak harus hormat hak Marina Mahathir untuk menyatakan pendapatnya”, katanya.
Gambaran yang diberikan Anwar, seolah-olah hanya dua tokoh yang dijemput merasmikan Seksualiti Merdeka, iaitu Marina Mahathir (2009) dan Datuk Ambiga Sreenevasan (2011).
Tetapi bagaimana pula dengan penglibatan bekas salah seorang peguam bela kes liwat II, Edmund Bon yang merasmikan Seksualiti Merdeka pada tahun 2010 ?
“Saya cadangkan mereka hormat pandangan Marina..sama juga dengan pandangan Ambiga”, kata Anwar.
Memperbesarkan topik sokongan Marina Mahathir terhadap Seksuliti Merdeka adalah teknik terbaik daripada melindungi pendirian sebenarnya terhadap isu tersebut, walaupun sokongan anak Tun Dr Mahathir bukan perkara pelik yang pernah dilakukan sejak tahun 1998, ketika ayahandanya memecat Anwar atas alasan mengamalkan aktiviti homoseksual dan biseksual.
Bahkan pada tahun 1998, ketika Dr Mahathir memecat Timbalannya atas dakwaan mengamalkan seks luar tabie, wartawan Barat yang pro Anwar menjadikan Marina sebagai sasarannya, kerana anak bekas Perdana Menteri itu dilihat terlibat aktif dalam gerakan feminisme dan kesedaran HIV di Malaysia.
Dr Mahathir dalam bukunya, A Doctor in the House, memberitahu pandangan Barat dengan pandangan Malaysia berbeza tentang aktiviti homoseksual Anwar pada tahun 1998.
“…Seorang wartawan wanita dari Australia bertanyakan tentang Anwar. Beliau begitu sinis apabila menyentuh tentang tuduhan salah laku moral dan liwat di antara orang dewasa berdasarkan suka sama suka apabila menganggapnya sebagai perkara biasa. Bagi beliau dan mereka yang sehaluan dengannya Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan”, katanya. Klik di sini
Bermakna sokongan Marina terhadap kumpulan minoriti, bukan perkara baru, tetapi menjadi anak Dr Mahathir sebagai perisai bukanlah kaedah terbaik, kerana fakta membuktikan, sikap Dr Mahathir sebagai negarawan ulung di negara ini tetap bertegas, memecat Anwar kerana tidak mahu menjadikan tokoh yang dikaitkan dengan seks luar tabie dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri di negara ini.
Jika Marina yang tidak bercita-cita menjadi Perdana Menteri (PM) sokong Seksualiti Merdeka, bagaimana pula dengan Anwar yang bercita-cita jadi PM berpandangan tentang Seksualiti Merdeka, sedang Dr Mahathir masih konsisten dengan pandangannya hingga ke hari ini ?
Adalah tidak adil Anwar berlindung di sebalik perisai Marina Mahathir semata-mata untuk menutup pandangannya yang senada dengan Ambiga dan Edmund Bon.
Sebagai bekas Presiden ABIM dan tokoh yang pernah dinobatkan sebagai ‘bakal Presiden PAS’ satu ketika dahulu, Anwar sepatutnya lebih tegas daripada bekas Mutfi Perlis dalam penentangannya terhadap Seksualiti Merdeka.
Dalam pada itu, pandangan Anwar terhadap Seksualiti Merdeka juga turut menjadi topik utama di kalangan komuniti #SeksualitiMerdeka.
“Betul ke @anwaribrahim tak suka #SeksualitiMerdeka?? Semasa temuramah pemberita di lobi parlimen. “HAIRAN””, tanya sheikhnorman

No comments:

Post a Comment