Monday, May 29, 2017

JANGAN LAWAN KERUSI PAS JIKA NAK BN KALAH





 Pas menempelak cara politik lapuk Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang gemar membuat tuduhan dan fitnah semata-mata untuk membentuk persepsi buruk demi mencapai matlamat politik mereka.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, tuduhan yang mengaitkan keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan mereka bersikap tidak demokratik.

Katanya, sikap sedemikian akan memburukkan negara jika ditakdirkan mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana ia telah pun ditunjukkan sebelum mereka berkuasa.

“Paling kelakar menuduh Pas, sekiranya BN menang PRU-14, semuanya berpunca daripada Pas kerana tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini?

“Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baharu, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi Pas atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca ke­rana Pas berpakat dengan BN.

“Hakikatnya mereka yang me­lawan kerusi tradisi Pas yang me­lawan UMNO. Mereka yang menjadi talian hayat UMNO-BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan?” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Idris berkata, Pas hanya tunggu dan lihat tindak-tanduk parti-parti dalam Pakatan Harapan yang akan ‘dimakan’ tuduhan yang dibuat sendiri kerana tidak mempunyai prinsip yang jelas.

Katanya, walaupun mereka nampak gagah, tetapi tidak kekal berbanding Pas yang akan dibuktikan dengan amalan walaupun tidak sempurna.

“Pesan saya kepada pengikut Pas, sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada UMNO selepas kalah PRU-14. Kita kenal siapa mereka. “Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat,” katanya.


No comments:

Post a Comment