Thursday, August 25, 2016

MEMUDAHKAN PERJALANAN DENGAN PENGANGKUTAN AWAM



Sejak Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan pada lewat 1998 dahulu, penggunaannya amat diperlukan dan sangat memudahkan untuk ke pusat Bandar Kuala Lumpur.
Ramai menggunakan LRT ini untuk ke tempat kerja dan beriadah tanpa memikirkan jalan yang sesak untuk ke destinasi yang ditujui.


LRT atau sistem Transit Aliran Ringan disediakan dan dikendalikan oleh Prasarana Sdn. Bhd. Pada masa ini terdapat dua laluan LRT iaitu Laluan Kelana Jaya, yang beroperasi daripada Gombak sehingga Kelana Jaya dan Laluan Ampang, yang beroperasi dari Sentul Timur sehingga Ampang dan Bandar Puteri.


Projek Sambungan Laluan Kelana Jaya akan melibatkan pemanjangan laluan sehingga merentasi 13 stesen baru, termasuk Ara Damansara, Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights, di mana ia akan berhubung dengan projek sambungan Laluan Ampang. Pengguna dijangka akan dapat menikmati sambungan Laluan Kelana Jaya pada suku pertama 2016.


Untuk ke pusat Bandar, adakalanya mengambil masa 2-3 jam menggunakan kereta, walaupun laluannya tidaklah jauh, kerana kenderaan persendirian sudah terlalu banyak, maka alternatif untuk menggunakan LRT menjadi pilihan.


Kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek kemudahan awam yang selesa untuk rakyat. 


Langkah itu termasuk mengintegrasikan jalinan pengangkutan awam sedia ada supaya pergerakan orang ramai tidak terputus melalui projek penyambungan jajaran (LEP) sistem aliran transit ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).


Projek itu bakal memasuki fasa penting apabila diintegrasikan dengan rangkaian KTM Komuter bagi menghubungkan terus para penduduk di Pelabuhan Klang dan Shah Alam dengan ibu kota Kuala Lumpur.

Untuk mendidik rakyat supaya menjadikan pengangkutan awam ini menjadi satu pilihan utama, dengan projek-projek yang sedang dijalankan, pengguna tidak perlu risau berkenaan dengan tempat letak kereta, kerana sebelum ini, banyak aduan tentang tempat letak kereta yang terhad.

Tidak perlu lagi gusar mengenai kesukaran mencari tempat letak kereta dan bayaran yang tinggi.


Perancangan seterusnya bagi agenda LRT adalah pembinaan dan penyempurnaan LRT3, iaitu laluan LRT baru yang akan beroperasi dari Bandar Utama sehingga Johan Setia, Klang. Permasalahan berkaitan pemetaan laluan dan isu-isu pra-pembangunan sedang diperbincangkan.