Saturday, May 13, 2017

KETURUNAN PENDATANG ASING DAP MAHU AZMIN PECAT EXCO PAS



Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tunduk kepada tekanan dalaman PKR dan parti sekutu Pakatan Harapan diketuai DAP dengan memecat kesemua Exco Pas tidak lama lagi.

Difahamkan, kekosongan ja­wa­tan ditinggalkan Pas itu akan diisi masing-masing satu oleh wakil PAN, PKR dan DAP.

Menguatkan lagi keyakinan itu apabila Timbalan Presiden PKR tersebut memanggil kesemua tiga Exco Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bertemu dengannya pagi ini.


Malah selepas satu majlis di Rawang dekat sini, Mohamed Azmin melahirkan kekecewaannya terhadap pendirian Pas yang secara muktamad telah memutuskan hubungan politik dengan PKR, dengan menegaskan sabar juga ada batasnya.

Dakwa Mohamed Azmin, beliau sudah melakukan segala yang perlu sebagai Menteri Besar untuk memastikan kerjasama politik dengan Pas dipertahankan tetapi malangnya, Majlis Syura Ulama mengambil pendirian memutuskan hubungan.

“Saya melakukan segala yang perlu untuk mengurangkan masalah ini, berunding dan melibatkan diri dalam beberapa pertemuan tetapi sekali lagi, sabar itu ada batasnya. Saya akan lihat nanti bagaimana.

“Pagi ini saya bertemu dengan ketiga-tiga Exco Pas dan mereka memberi penjelasan, saya akan tengok perkara ini dan bincangkan dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.

Terdahulu Mohamed Azmin mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah me­rasmikan Masjid Perodua di Ibu pejabat Perodua, Rawang.

Diajukan soalan apakah beliau berpuas hati dengan penjelasan diberikan kesemua Exco Pas, Mohamed Azmin berkata, ia bukan soal tentang berpuas hati atau tidak.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Menteri Besar itu berkata, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya awal di negeri ini kerana dakwanya, mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan diketuai DAP masih kukuh.

“Saya akan pastikan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas mesti dilaksanakan sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, ditanya apakah PKR bersedia untuk berdepan dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mohamed Azmin berkata, partinya sudah bersedia untuk berdepan apa juga kemungkinan.

“Kalau itu keputusan Pas, ini adalah pilihan mereka. Sebagai sebuah parti politik, kami bersedia dengan sebarang kemungkinan, jika tidak dapat dielakkan kami akan berdepan mereka,” katanya.


No comments:

Post a Comment