Sunday, April 9, 2017

TUAN MAN MASIH HARAP KERJASAMA PAKATAN DAP ?


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat seperti masih berharap ada kesepakatan dengan PAKATAN HARAPAN  walaupun PRESIDEN PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menutup pintu terhadap harapan itu.

Menurut Timbalan PAS tersebut kerjasama de­ngan parti pembangkang lain seperti DAP, beliau berkata, meskipun sudah tidak ada kesepakatan, namun pemuafakatan sebagai parti pembangkang masih wujud khususnya dalam pembahagian kerusi dalam pilihan raya ke-14 akan datang.

“Apa yang kita harapkan kerusi yang ditandingi Pas tidak akan diganggu oleh parti pembangkang lain. Sebenar­nya dalam konteks pembangkang, tidak ada dibentuk satu muafakat berdaftar, seperti ada satu logo, satu lambang seperti Barisan Nasional yang penting adalah muafakat,” katanya.

Tuan Man perlu lebih jelas, adakah ingin lagi bersekutu dengan Pakatan Harapan yang sedia maklum mengkhianati PAS atau bersama-sama Tuan Guru Hadi Awang dalam menentang mereka. 

Janganlah jadi gunting lipatan dalam PAS seperti Mat Sabu dan Khalid Samad yang kini jelas menjadi musuh PAS nombor satu.