Wednesday, February 24, 2016

McDONALD's MEMBANGUN STRATEGI PERNIAGAAN FRANCAIS TERBAIK


Dalam industri Francais di seluruh dunia, McDonald's adalah yang terbaik daripada yang terbaik. Sistem francais telah bermula di Eropah sejak 100 tahun yang lalu dan telah berkembang pesat di Amerika. Sejak 60 tahun yang lalu McDonald's telah membangunkan perniagaan francais ini sehinggakan ia sudah di anggap sebagai perniagaan rakyat Amerika. Kini rangkaian McDonald's telah menembusi pasaran seluruh dunia dan menjadi gaya hidup masyarakat kini.

Sejak pertengahan tahun 1950-an lagi perniagaan Francais McDonald's memainkan peranan penting dalam setiap keluarga dan kehidupan kanak-kanak di Amerika. Kanak-kanak di Amerika sudah sinonim dengan jenama Ronald McDonald yang menjadi ikon makan kegemaran mereka. Dengan majunya sistem lebuh raya di seluruh Amerika Syarikat, sistem francais McDonald's berkembang dengan pantas dan amat sukar ditandingi oleh syarikat-syarikat lain ketika itu. Hari ini, sistem francais McDonald's sudah memilik lebih 30,000 restoran yang  operasi di seluruh dunia.

Apakah rahsia kejayaan McDonald's ini ? Bagaimana sebuah restoran burger berkembang menjadi satu jenama  francais yang mendominasi dunia dengan begitu cepat? Disini saya ingin berkongsi formula kejayaan ini dengan anda.

 McDonald’s berjaya sebagai perniagaan francais  di dunia adalah kerana McDonald’s mempunyai satu model sistem operasi yang terbaik. McDonald's mempunyai salah satu platform perniagaan yang terbaik dari segi operasinya serta amat kukuh dalam dunia tanpa mengira industri. Sebagai sistem francais, unit operasi McDonald's memacu deras pertumbuhan yang mana sukar untuk syarikat-syarikat lain untuk tandingi.

Selain itu McDonald's juga mempunyai hubungan kerjasama yang erat dengan Francaisi. Melalui hubungan kerja yang saling memahami ini menghasilkan persefahaman yang membawa McDonald's berkembang pesat. Banyak cadangan yang datang dari pemilik francais yang menarik digunakan seperti menu sarapan (The Breakfast Menu), Sandwish Ikan dan lain-lain lagi berjaya menarik minat pelanggan.

Pembangunan Jenama juga menyumbang kepada kejayaan McDonald"s sebagai syarikat francais yang berjaya. McDonald's telah membelanjakan lebih daripada satu bilion USD setiap tahun untuk pembangunan jenama dan pengiklanan. Pertumbuhan McDonald's tidak hanya daripada sistem francaisnya, pembangunan jenama juga membantu memacu kemajuannya. Masing-masing  menjalankan peranan di setiap unit mereka sendiri.  Sebagai salah satu dari lima jenama utama di dunia, pembangunan jenama membawa kesan besar kepada kejayaan restorn McDonald's

Sebagai sebuah syarikat terkemuka dunia, pengurusan kewangan adalah faktor paling penting kepada kejayaan sesebuah syarikat. Bagi McDonald's strategi perniagaan yang dibangunkan pada awal-awal penubuhannya dulu. Dengan memiliki hartanah disetiap francaisnya beroperasi, McDonald's menjadi sebagai satu syarikat yang berjaya menjadi pemilik tanah terbesar di dunia dalam masa yng singkat. Ia merupakan satu tindakan yang cukup bijak kerana berjaya menyediakan organisasi dengan sejumlah aset yang besar dan kukuh, ekuiti dan pelaburan yang dikuasai oleh syarikat untuk masa hadapan.

Tidak dinafikan, kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada hubungan baik dengan vendor. Memilih vendor terbaik juga faktor yang boleh membantu meningkat nama syarikat. Antara vendor yang menjadi pilihan McDonald's adalah  Coca-Cola. Coca-Cola merupakan syarikat paling menonjol dan berpengaruh dalam masyarakat di seluruh dunia. Setiap vendor McDonald's memainkan peranan penting, sebagai rakan kongsi, pembekal dalam pengembangan kejayaan Francais Mcdonald's.