Wednesday, November 11, 2015

MANUSIA MAKIN HILANG NILAI KEMANUSIAAN

Seorang bayi perempuan berusia le­bih sebulan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa dera bapa kandungnya di kediaman mereka di Pangsapuri Kota Laksamana di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, bayi itu dilaporkan telah meninggal dunia oleh pihak Hospital Besar Melaka ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut kira-kira pukul 3 pagi.
“Pihak polis menerima laporan berhubung kematian bayi tersebut dari pihak hospital kira-kira satu jam selepas mangsa dibawa oleh ibunya yang berusia 25 tahun ke hospital tersebut dalam keadaan kaku dan telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa telah dijalankan kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin dan mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman dengan kesan kecederaan pada bahagian kiri kepala serta retak tempurung kepala.


sumber