Monday, July 20, 2015

MCA CADANG SAMBUT RAYA DI LOW YAT


 Malaysia, sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum hidup aman dan saling bertoleransi. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya persefahaman antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Namun, pada 13 Julai 2015, di Plaza Low Yat toleransi ini teruji dan tercalar. Ini Berlaku apabila berlaku pergaduhan yang berpunca dari kecurian telepon bimbit di salah satu gerai jualan di situ. Bibit pergaduhan kecil telah merebak menjadi besar apabila media sosial memainkan sentimen perkauman secara besar-besaran. 

Mengambil inisiatif untuk menjernihkan kembali suasana serta membantu peniaga-peniaga di Low Yat, MCA melalui presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai mencadangkan agar diadakan Sambutan Hari Raya di Plaza Low Yat. 

Menurut Liow Tiong Lai, peniaga mendakwa jualan mereka merosot 40% ke  50% selepas insiden tersebut. Bagi mengembalikan keyakinan pelanggan, MCA dan pihak pegurusan Low Yat mencadangkan diadakan sambutan Hari Raya di plaza berkenaan. "Kami ingin membantu dalam apa jua cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembali normal".



No comments:

Post a Comment