Thursday, July 30, 2015

LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA UNTUK PENEROKA HARAM CAMERON HIGHLAND ?


Saya benar-benar tidak faham kenapa Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dengan bermurah hati mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada PENEROKA HARAM yang mengusahakan kebun sayur secara kecil-kecilan di CAMERON HIGHLANDS.

Dimaklumkan PTG negeri sedang memproses kira-kira 550 permohonan TOL bagi tujuan tersebut.

Rakyat nak tahu adakah 550 pemohon ini telah disabitkan dengan kesalahan penerokaan haram tanah di CAMARON HIGHLANDS atau mereka adalah individu lain yang menjadi Ali Baba Bujang Lapuk peneroka Haram...???



Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada peneroka haram di Cameron Highlands hanya untuk penanam sayur kecil-kecilan yang mengusahakannya sebagai punca pendapatan untuk menyara keluarga, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, peneroka tanah haram yang mengusahakan kebun sayur skala besar tidak termasuk dalam kategori mereka yang boleh dipertimbangkan bagi lesen TOL, kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan usaha pemulihan dan kelangsungan ekosistem tanah tinggi itu. 

Beliau berkata, kerajaan negeri kini dalam proses mengenal pasti mereka yang memenuhi kriteria untuk dipertimbangkan dan berharap urusan pengeluaran lesen sementara itu dapat diselesaikan pada awal Mac ini. 

"Pemberian TOL pernah dilakukan sebelum ini, namun ia dihentikan pada tahun 2000. Pemeriksaan yang kita lakukan di Cameron Highlands mendapati ada di antara penanam sayur ini telah mengusahakan tanah selama berpuluh-puluh tahun, malah ada yang sehingga 60 tahun.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/31785

No comments:

Post a Comment