Monday, July 20, 2015

SUMBANGAN FGV KEPADA MANGSA GEMPA BUMI DI RANAU



Dalam mengejar keuntungan FELDA Global Ventures Berhad (FGV) tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat dan negara. Apatah lagi apabila negara menghadapi musibah seperti banjir besar dan gempa bumi.

Kejadian gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter pada Jun lalu, telah mengorbankan 18 nyawa melibatkan 14 pendaki dan empat malim gunung. Kajadian ini telah mengemparkan seluruh negara. Kerajaan dibawah beberapa agensinya bersama NGO telah mengerakkan seluruh jenteranya bagi memberi bantuan kecemasan ke sana termasuklah FELDA. 

Oleh yang demikian sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat, FELDA di bawah anak syarikatnya FGV telah menyumbangkan RM150,000 kepada mangsa gempa bumi yang mengegarka bumi Ranau 5 Jun yang lalu. 

Sumbangan untuk mangsa disampaikan oleh Datuk Mohamed Suffian Awang, Ahli Lembaga Pengarah FGV kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid. 

Sumbangan ini merupakan satu usaha bakti tanggungjawab sosial FGV bagi membantu masyarakat dan golongan yang memerlukan bantuan, kata Mohamed Suffian. Selain melahirkan rasa simpati terhadap waris-waris mangsa yang telah terkorban, bantuan ini juga sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa yang telah terkorban serta kehilangan mata pencarian ekoran kajadian gempa bumi di Ranau dan Kota Belud. 

FGV dan Felda Sahabat di Lahad Datu juga akan menjalankan beberapa aktiviti pemantauan di kawasan yang terjejas bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terlibat.