Showing posts with label bauksit. Show all posts
Showing posts with label bauksit. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

BAUKSIT : FELDA AKAN CUBA BANTU PENEROKA YANG TERLIBAT


Felda tetap akan berusaha membantu peneroka yang terjejas dengan perlombongan bauksit. Walaubagaimana pun bantuan itu akan ditentukan kaedahnya setelah berakhirnya monatorium pada april ini. Ramai peneroka yang terlibat terjejas pendapatan mereka apabila kerajaan melaksanakan monatorium perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan Pahang.

Peneroka perlu bersabar kerana pihak Felda sedang menunggu keputusan samada kerajaan akan melaksanakan garis panduan baru bagi perlombongan bauksit atau menghentikannya terus. Apa pun keputusan, ianya bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan selepas monatorium terakhir april ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, masih terlalu awal  untuk beiau memutuskan jenis bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatan mereka akibat perlombongan bauksit."Tidak tahu sama ada perlombongan bauksit ini diteruskan atau tidak, selepas itu baru boleh kita tengok bahagian mana yang boleh tolong peneroka", kata Isa Samad lagi.

Justeru itu, peneroka perlu bersabar sementara kerajaan mencuba menyelesaikan  masalah ini dengan mencari formula baru yang lebih berkesan tanpa merugikan mana-mana pihak. Beliau sedar ramai peneroka yang menandatangani perjajian dengan pengusaha bauksit, mereka tidak merujuk dan berbincang dengan pengurusan Felda. Dan ada diantara mereka tertipu dengan pengusaha bauksit.


Janganlah kita menyalahkan peneroka seratus peratus dalam hal ini kerana mereka bukanlah orang yang berpengalaman dalam bauksit ini. Apa yang lebih penting adalah Felda dan kerajaan mencari jalan penyelsesaian dalam membantu mereka dalam hal ini.



Wednesday, February 17, 2016

BAUKSIT: TANAH FELDA BUKIT GOH TERIMA KESAN NEGATIF



Yang dikejar tak dapat, yang dikendong entah kemana ia berciciran...., Apa lagi yang sesuai lagi untuk diperkatakan berkenaan perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa lagi masalah bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan ini ?

Masalah bauksit yang menjadi pencemaran alam sekitar dan ancaman kesihatan kepada penduduk setempat yang kini sedang diselesaikan oleh kerajaan telah masuk fasa kedua.

Kini kedengaran desas desus bahawa ada dikalangan peneroka ingin kembali menanam kelapa sawit selepas perlombongan bauksit berakhir. Namun apa yang menjadi persoalan, bolehkah kelapa sawit ditanam semula setelah kerakusan pengusaha bauksit meragut hasil dari Tanah Felda Bukit Goh.

Profesor Dr Maketaab Mohamed, Pensyarah di Fakuliti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mendedahkan bahawa tanaman kelapa sawit berkemungkinan besar tidak lagi boleh ditanam. Menurutnya akibat daripada perlombongan itu,  kawasan tanah tersebut telah menghasilkan sejenis logam berat yang dikenali sebagai KROMIUM TRIVALEN.

Pakar kimia menyifatkan logam ini sebagai racun yang boleh menganggu pertumbuhan pokok kelapa sawit. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Walaupun kuantiti kromium trivalen masih terkawal,  namun jika ia terdedah dengan unsur-unsur lain disekeliling kemungkinan ia akan bertambah. Oleh itu kita perlu melihat kesannya dalam jangka panjang. Selain itu kesannya perlu dikawal dari sekarang sebelum ia memberi mudharat kepada rakyat.

Apa yang lebih membimbangkan merkuri yang dikesan dalam air sungai di sekitar kawasan perlombongan bauksit juga boleh membawa kesan kepada kepada kesihatan manusia.

Dr Maketab ketika menyampaikan hasil kajian dalam Farum Kajian Perlombongan Bauksit di Pahang, di Universiti Malaya semalam berkata, sungai yang tercemar dengan Merkuri  boleh menyebabkan timbulnya penyakit minamata yang boleh merosakkan fungsi otak.

Merkuri ini jka tidak diambil tindakan segera untuk membasminya, ia boleh meresap mendap dan dalam tempoh masa tertentu ia akan menjadi metil merkuri yang mana ia boleh memberi kesan kepada rantaian makanan penduduk sekitar kawasan tersebut.

Kadar pencemaran plumbum dan kromium dalam udara di Kuantan juga adalah tinggi. Ini disahkan oleh Prof Dr Jamal Hisham Hashim, Fellow Penyelidik Universiti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Institut Antarabangsa Kesihatan Global (UNU-HGH) setelah membuat ujian kadar kualiti udara dengan mengukur habuk halus PM10.

Kadar kedua-dua logam berat semakin meningkat, jika tidak dibendung dan dikawal ia boleh menjadi punca kepada penyakit buah pinggang dan kanser. Indeks Pencemaran Udara (IPU) juga menunjukkan bacaan kualiti udara dikawasan tersebut melebihi 150 mikrogram per meter padu. Rekod Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan melebihi 101 dan kurang 200 adalah sebagai tidak sihat.

Pemuda Selempang Merah merasakan walaupun tindakkan kerajaan agak terlewat dalam isu bauksit ini tetapi jalan penyelesaiannya yang telah diambil akan memberi kesan yang positif jika semua pihak terutama mereka yang terlibat dengan perlombongan bauksit ini mematuhi moratorium yang telah dilaksanakan mengikut fasa yang telah ditetapkan.

Peneroka Felda sepatutnya rujuk kepada Felda terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Selama ini Felda yang menjaga kepentingan peneroka, tidak mungkin Felda akan membuat sesuatu keputusan yang akan merugikan peneroka. Kerana kepentingan jangka pendek, peneroka bakal merasai kesannya dimasa akan datang.  

Tuesday, February 16, 2016

ISU BAUKSIT: HANYA LORI PAKA



Bermula 15 Januari yang lalu kabinet telah mengarahkan semua aktiviti perlombongan dan pengekspotan bauksit di negeri Pahang dihentikan selama 3 bulan bagi membolehkan kerajaan mengkaji dan merancang satu tindakan penyelesaian kepada pencemaran yang menggangu penduduk tempatan.

Isu bauksit yang menjadi 'panas' diseluruh negara telah menyebabkan kerajaan pusat terpaksa masuk campur bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

Justeru itu Kementerian Pengangkutan melalui menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kemeteriannya akan mengeluarkan garis panduan yang lebih jelas kepada pengusaha bauksit dan pemandu lori.

Mereka perlu mematuhi tiga garis panduan yang telah ditetapkan iaitu memastikan hanya lori jenis Paka sahaja yang digunakan mengangkut bauksit. Hanya lori yang bertutup seluruhnya sahaja dibenarkan membawa bauksit. Ini bagi mengelakkan daripada debu bauksit berterbangan di sepanjang jalan raya mencemarkan alam sekitar.

Kesemua lori-lori tersebut perlulah mengikut laluan yang telah ditetapkan ke stor penyimpanan yang telah ditetapkan. Pengusaha bauksit juga perlu mencari lokasi untuk penyimpanan bauksit selepas tempoh moratorium berakhir April akan datang. Pelabuhan Kuantan tidak lagi boleh dijadikan tempat stor simpanan bauksit selepas moratorium ini berakhir.

Keputusan ini bagi menjamin kebersihan alam sekitar dari tercemar dengan bauksit dan kesihatan rakyat terjamin. Jumlah Bauksit juga perlu dihadkan dalam kuantiti tertentu yang telah ditetapkan. Pencemaran teruk di pantai  dan pelabuhan Kuntan sebelum ini sudah cukup sebagai pengajaran pahit kepada penduduk tempatan.

Selain itu, semua agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), JPJ, Polis, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) dan Lembaga Pelaburan Kuantan akan berkerjasama dalam memastikan perlaksanaan garis panduan dan penguatkuasaan berjalan lancar.




Friday, January 22, 2016

BAUKSIT : FELDA PERLU TELITI PERJANJIAN PENEROKA DAN PENGUSAHA




Kelemahan orang kita terutama Melayu ini bila ditawarkan duit....., tanah dan harta benda pun dijual. Sedangkan orang lain menggunakan kelebihan itu untuk mencipta kekayaan. Kita dapat apa ? Dapat tengok orang lain merampas kekayaan yang sepatutnya menjadi hak kita.

Inilah yang beraku kepada sebahagian  peneroka FELDA Bukit Goh, Pahang yang terpesona dengan pengusaha lombong bauksit. Sepatutnya mereka terlebih dahulu mendapatkan nasihat dari FELDA.

Dari 227 peneroka FELDA hanya 97 orang sahaja yang datang ke FELDA untuk mendapat nasihat dan pandangan FELDA. Ini sesuatu yang amat mengecewakan. Bukankah selama ini FELDA sentiasa menjaga kebajikan mereka ?

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, sewajarnya peneroka datang mendapatkan nasihat FELDA terlebih dahulu, kerana FELDA meneliti dari semua sudut, termasuk dari aspek perundangan. Malangnya tidak sampai separuh yang datang mendapatkan khidmat dari FELDA.

Menurutnya lagi, FELDA mahu menjaga kepentingan peneroka dan tidak mahu mereka tertipu atau berlaku pekara lain yang boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian.  Mereka berpendapat tanah ladang telah menjadi milik mereka dan mereka bebas memutuskan apa yang patut mereka lakukan, dan apa yang mereka buat adalah membuat perjanjian dengan pengusaha bauksit.

Sekarang ni, hendak menolong mereka pun dah susah. FELDA terpaksa meneliti seua surat perjanjian yang ditandatangani oleh peneroka terbabit dengan pengusaha bauksit sebelum tindakan untuk membantu mereka dibuat.  Tanah pun sudah rosak, belum tentu lagi sesuai untuk penanaman.

Bagi Pemuda Selepang Merah, selama ini FELDA menjaga kepentingan peneroka dan generasi mereka agar dapat terus menjalani kehidupan seharian mereka dengan rezeki yang ada, kini bila ditawarkan sikit kemewahan...semua itu telah dilupakan.  Elok lagi bagi FELDA sahaja yang uruskan tanah ini, sebelum tergadai lebih banyak kepada mereka yang tidak beranggungjawab.

Sekadar pandangan. Bukan senang nak senang, tapi senang saja nak susah. 

Sunday, January 10, 2016

BAUKSIT : PATUHI HAD LAJU



Semua lori yang membawa bauksit perlu mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Ini kerana Kementerian Pengangkutan telah menetapkan had laju dan laluan tertentu untuk lori yang membawa bauksit. 

Ini bagi memastikan pencemaran terkawal ketika bauksit diangkut diangkut keluar. Kerajaan berusaha untuk mengurangkan pencemaran yang berpunca dari bauksit.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar peraturan baru ini akan dilaksanakan dalam usaha menambahbaik kaedah pengangkutan bauksit. Perlaksanaan ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk mengawalnya.

Namun begitu jika kaedah ini juga tidak berkesan dan pemandu lori bauksit memandu melebihi had laju yang dibenarkan, Kerajaan tidak teragak-agak mengunakan kotak atau teknologi baru yang lain bagi memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Setiap pemandu lori perlu memastikan kenderaan mereka ditutup dan dicuci setiap kali ingin melalui jalan besar. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang perlu dipatuhi oleh pemandu lori yang membawa bauksit. 

Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Saripuddin Kasim telah diberi tanggungjawab agar lebih memberi tumpuan dikawasan  pelabuhan bagi memastikan laut tidak cemari oleh bauksit. 

Selain bekerja sama dengan JAS, Kementerian juga mengadakan usahasama dengan Pertubuhan Maritim Antarabangsa bangi mengawal pencemaran bauksit. Ini kerana pernah berlaku dimana kapal yang membawa bauksit tengelam dan mengorbankan 18 nyawa.

Monday, January 4, 2016

KERAJAAN ARAH HENTI OPERASI PERLOMBONGAN BAUKSIT


Keluh kesah rakyat dan beberapa NGO berhubung pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang telah mendapat perhatian kerajaan pusat. 

Arahan terbaru kabinet adalah menghentikan sementara operasi perlombongan bauksit selama tiga bulan. Ia cukup melegakan bagi penduduk di sekitar Kuantan terutama mereka yang berhadapan secara langsung dengan masalah perlombongan bauksit. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya akan mengkaji semula kaedah dan tatacara pengangkutan bauksit. 

Keputusan ini diambil berdasarkan faktor cuaca dan kesihatan penduduk setempat.

Kerajaan akan mengkaji dan mencari kaedah terbaik bagi mengelak pencemaran yang berpunca dari perlombongan bauksit.

Kaedah pengangkutan darat yang diguna pakai sekarang adalah tidak selamat. Walaupun tertutup,  namum debut dan sisa bauksit masih berterbangan dan mengotorkan persekitaran. 

Begitu juga dengan pengangkutan laut. Gelora lautan dan angin kuat boleh membuatkan simpanan bauksit dalam kapal terbalik.

Perlombangan bauksit hari ini telah mencapai episod yang cukup mencabar tahap kesabaran orang ramai apabila laut di sekitar Kuantan turut menerima kesan apabila ia bertukar menjadi warna kemerah-merahan.

Liow berkata, kerajaan amat memandang serius perkara ini dan kabinet telah memutuskan untuk menghentikan perlombongan bauksit selama tiga bulan.

Bagi Liow pencemaran bauksit ini cukup serius dan perlu tindakan segera bagi mengawalnya.

Selaku kerajaan negeri, Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakob mengalu-alukan ulasan dan pendapat dari semua pihak terhadap isu bauksit di negeri Pahang.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junidi juga  telah beberapa kali turun ke lokasi yang dilaporkan bagi meninjau sendiri keadaan sebenar serta mendengar penjelasan kerajaan negeri berhubung isu ini. 

Pemuda Selempang Merah merasakan tindakan kerajaan tepat pada masanya dan berharap kerajaan dapat mencari solusi yang sesuai akibat dari masalah ini.