Tuesday, February 16, 2016

ISU BAUKSIT: HANYA LORI PAKA



Bermula 15 Januari yang lalu kabinet telah mengarahkan semua aktiviti perlombongan dan pengekspotan bauksit di negeri Pahang dihentikan selama 3 bulan bagi membolehkan kerajaan mengkaji dan merancang satu tindakan penyelesaian kepada pencemaran yang menggangu penduduk tempatan.

Isu bauksit yang menjadi 'panas' diseluruh negara telah menyebabkan kerajaan pusat terpaksa masuk campur bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

Justeru itu Kementerian Pengangkutan melalui menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kemeteriannya akan mengeluarkan garis panduan yang lebih jelas kepada pengusaha bauksit dan pemandu lori.

Mereka perlu mematuhi tiga garis panduan yang telah ditetapkan iaitu memastikan hanya lori jenis Paka sahaja yang digunakan mengangkut bauksit. Hanya lori yang bertutup seluruhnya sahaja dibenarkan membawa bauksit. Ini bagi mengelakkan daripada debu bauksit berterbangan di sepanjang jalan raya mencemarkan alam sekitar.

Kesemua lori-lori tersebut perlulah mengikut laluan yang telah ditetapkan ke stor penyimpanan yang telah ditetapkan. Pengusaha bauksit juga perlu mencari lokasi untuk penyimpanan bauksit selepas tempoh moratorium berakhir April akan datang. Pelabuhan Kuantan tidak lagi boleh dijadikan tempat stor simpanan bauksit selepas moratorium ini berakhir.

Keputusan ini bagi menjamin kebersihan alam sekitar dari tercemar dengan bauksit dan kesihatan rakyat terjamin. Jumlah Bauksit juga perlu dihadkan dalam kuantiti tertentu yang telah ditetapkan. Pencemaran teruk di pantai  dan pelabuhan Kuntan sebelum ini sudah cukup sebagai pengajaran pahit kepada penduduk tempatan.

Selain itu, semua agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), JPJ, Polis, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) dan Lembaga Pelaburan Kuantan akan berkerjasama dalam memastikan perlaksanaan garis panduan dan penguatkuasaan berjalan lancar.




No comments:

Post a Comment