Friday, January 22, 2016

BAUKSIT : FELDA PERLU TELITI PERJANJIAN PENEROKA DAN PENGUSAHA




Kelemahan orang kita terutama Melayu ini bila ditawarkan duit....., tanah dan harta benda pun dijual. Sedangkan orang lain menggunakan kelebihan itu untuk mencipta kekayaan. Kita dapat apa ? Dapat tengok orang lain merampas kekayaan yang sepatutnya menjadi hak kita.

Inilah yang beraku kepada sebahagian  peneroka FELDA Bukit Goh, Pahang yang terpesona dengan pengusaha lombong bauksit. Sepatutnya mereka terlebih dahulu mendapatkan nasihat dari FELDA.

Dari 227 peneroka FELDA hanya 97 orang sahaja yang datang ke FELDA untuk mendapat nasihat dan pandangan FELDA. Ini sesuatu yang amat mengecewakan. Bukankah selama ini FELDA sentiasa menjaga kebajikan mereka ?

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, sewajarnya peneroka datang mendapatkan nasihat FELDA terlebih dahulu, kerana FELDA meneliti dari semua sudut, termasuk dari aspek perundangan. Malangnya tidak sampai separuh yang datang mendapatkan khidmat dari FELDA.

Menurutnya lagi, FELDA mahu menjaga kepentingan peneroka dan tidak mahu mereka tertipu atau berlaku pekara lain yang boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian.  Mereka berpendapat tanah ladang telah menjadi milik mereka dan mereka bebas memutuskan apa yang patut mereka lakukan, dan apa yang mereka buat adalah membuat perjanjian dengan pengusaha bauksit.

Sekarang ni, hendak menolong mereka pun dah susah. FELDA terpaksa meneliti seua surat perjanjian yang ditandatangani oleh peneroka terbabit dengan pengusaha bauksit sebelum tindakan untuk membantu mereka dibuat.  Tanah pun sudah rosak, belum tentu lagi sesuai untuk penanaman.

Bagi Pemuda Selepang Merah, selama ini FELDA menjaga kepentingan peneroka dan generasi mereka agar dapat terus menjalani kehidupan seharian mereka dengan rezeki yang ada, kini bila ditawarkan sikit kemewahan...semua itu telah dilupakan.  Elok lagi bagi FELDA sahaja yang uruskan tanah ini, sebelum tergadai lebih banyak kepada mereka yang tidak beranggungjawab.

Sekadar pandangan. Bukan senang nak senang, tapi senang saja nak susah. 

No comments:

Post a Comment