Thursday, February 25, 2016

BAUKSIT : FELDA AKAN CUBA BANTU PENEROKA YANG TERLIBAT


Felda tetap akan berusaha membantu peneroka yang terjejas dengan perlombongan bauksit. Walaubagaimana pun bantuan itu akan ditentukan kaedahnya setelah berakhirnya monatorium pada april ini. Ramai peneroka yang terlibat terjejas pendapatan mereka apabila kerajaan melaksanakan monatorium perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan Pahang.

Peneroka perlu bersabar kerana pihak Felda sedang menunggu keputusan samada kerajaan akan melaksanakan garis panduan baru bagi perlombongan bauksit atau menghentikannya terus. Apa pun keputusan, ianya bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan selepas monatorium terakhir april ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, masih terlalu awal  untuk beiau memutuskan jenis bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatan mereka akibat perlombongan bauksit."Tidak tahu sama ada perlombongan bauksit ini diteruskan atau tidak, selepas itu baru boleh kita tengok bahagian mana yang boleh tolong peneroka", kata Isa Samad lagi.

Justeru itu, peneroka perlu bersabar sementara kerajaan mencuba menyelesaikan  masalah ini dengan mencari formula baru yang lebih berkesan tanpa merugikan mana-mana pihak. Beliau sedar ramai peneroka yang menandatangani perjajian dengan pengusaha bauksit, mereka tidak merujuk dan berbincang dengan pengurusan Felda. Dan ada diantara mereka tertipu dengan pengusaha bauksit.


Janganlah kita menyalahkan peneroka seratus peratus dalam hal ini kerana mereka bukanlah orang yang berpengalaman dalam bauksit ini. Apa yang lebih penting adalah Felda dan kerajaan mencari jalan penyelsesaian dalam membantu mereka dalam hal ini.